|
1
|
Kami ingin mendapatkan pengesahan gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku:
Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.)
Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.)
Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.)
Yang Mulia - (Y.M.)
Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon pengesahan berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut:
1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
2. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor
4. Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor
5. Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
6. Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Razaleigh Hamzah
7. Yang Mulia (Y.M) Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias
Sekiranya terdapat garis panduan atau rujukan rasmi berkaitan penggunaan gelaran tersebut dalam penerbitan, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebagai panduan untuk percetakan "Coffee Table Book KWSP".
Kami memohon pihak Tuan dapat mempercepatkan urusan ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini adalah pada 5/8/2026. Kami sertakan contoh kapsyen yang akan dicetak nanti di lampiran fail. Terima kasih. | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan.
Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| 03/08/2026 |
|
2
|
Kami ingin mendapatkan kepastian sama ada gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku seperti di dalam lampiran.
Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.)
Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.)
Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.)
Yang Mulia - (Y.M.)
Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon kepastian berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut:
1.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
2.Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
3.Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor
4.Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor
5.Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
6.Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
7.Yang Mulia Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias
Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebarang rujukan rasmi atau garis panduan kepada kami dan dapat menyegerakan urusan kami ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini ialah pada 5/8/26
| Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan.
Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| 03/08/2026 |
|
3
|
Antara cara menjadi pemandu berhemah 1. ialah 2. adalah 3. adalah dengan memandu dengan had laju yang ditetapkan. |
|
Ayat yang betul ialah “Antara cara untuk
menjadi pemandu berhemah adalah dengan mematuhi had laju yang ditetapkan”. Adalah
merupakan kata pemeri dan perlu diikuti dengan penggunaan frasa adjektif atau
frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan
halaman 494.
|
| 30/07/2026 |
|
4
|
(i) .....tuan diharap dapat... atau
diharap tuan dapat....
(ii) Sehubungan dengan itu, ....
Sehubungan itu....
Mohon khidmat nasihat penggunaan ayat yang betul. |
- Frasa yang lebih
tepat untuk soalan no. 1 ialah ‘’diharap tuan dapat’’.
- Frasa yang lebih
tepat untuk soalan no. 2 ialah ‘’Sehubungan
dengan itu’’.
| 29/07/2026 |
|
5
|
salam sejahtera , saya ingin merujuk cara penulisan - dan/atau atau dan/ atau, rapat semua perkataan atau perlu ada jarak selepas / sengkang? |
- Penulisan
yang betul ialah “dan/atau”, iaitu rapatkan semua perkataan dan tidak perlu ada
jarak selepas tanda sengkang (/).
| 28/07/2026 |
|
6
|
Apakah perkataan dalam BM bagi perkataan ‘repellen’? | Tidak ada perkataan repellen yang ditemukan. Sekiranya yang dimaksudkan ialah repellent, padanan dalam bahasa Melayu ialah penghalau manakala dalam bidang peristilahan (kimia) terjemahnnya ialah bahan penolak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my. | 27/07/2026 |
|
7
|
Salam sejahtera. Boleh saya dapatkan pengesahan tentang ejaan “Macao" dalam bahasa Melayu? Macau atau Makau, yang mana satu betul? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, ejaan yang betul bagi Macao ialah Makau. | 25/07/2026 |
|
8
|
Which department should i looking for translation for documents purpose ?
I wanted Translate Chinese wording certificate from China-university Harbin to Bahasa Malaysia for KWSP reimbursement tuition fee purpose.
| Untuk makluman, DBP tidak
menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan,
sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila
hubungi:
i.
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau
e-mel terjemah1@gmail.com
atau
ii.
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui talian 03-4145 1800
atau e-mel info@itbm.com.my | 23/07/2026 |
|
9
|
Assalamualaikum. Adakah ayat berikut betul atau salah, untuk penggunaan "di dalam" dan "dalam"? (1) Abang berdiri di dalam air sebelum memulakan renangan. (2) Kakak menambah sesudu gula dalam air kopi itu. Terima kasih |
|
Ayat yang betul
ialah “Abang berdiri di dalam kolam sebelum memulakan renangan.” dan “Kakak
menambah sesudu gula ke dalam secawan air kopi itu.”.
|
| 23/07/2026 |
|
10
|
Penggunaan terminologi yang mana lebih tepat:
1. Latar pendidikan
2. Pendidikan latar
3. Latar belakang pendidikan | Dari segi terminologi, latar belakang ialah sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya.
- Dari segi penggunaannya, latar belakang pendidikan adalah tepat kerana merujuk sejarah atau rekod pendidikan seseorang dan digunakan secara meluas dalam dokumen rasmi, biodata dan laporan.
- Latar Pendidikan juga boleh digunakan, tetapi kurang lazim dan kurang digunakan dalam dokumen rasmi.
- Pendidikan latar adalah tidak tepat kerana salah dari segi hukum tatabahasa bahasa Melayu.
Latar Belakang Pendidikan ialah pilihan yang paling tepat dan disarankan kerana menepati penggunaan bahasa Melayu standard serta paling meluas digunakan dalam konteks rasmi. | 22/07/2026 |
|
11
|
Hai, bolehkah semak ayat ini? Adakah betul?
Pada hari Ahad, saya bersama keluarga di taman untuk beriadah. |
|
Ayat
yang betul ialah “Pada hari Ahad, saya bersama-sama keluarga pergi ke taman
untuk beriadah.”
|
| 22/07/2026 |
|
12
|
Penggunaan tanda baca dalam ayat seruan
"Wah, meriahnya pesta itu!" kata Minna.
Atau
"Wah, meriahnya pesta itu!" Kata Minna.
Huruf besar untuk "kata"?
| Penggunaan tanda baca yang betul ialah “Wah, meriahnya pesta itu!” Kata
Minna. | 21/07/2026 |
|
13
|
perkataan hadhanah perlu menggunakan huruf besal atau huruf kecil
cth ayat- Hak hadhanah (jagaan anak) diberikan kepada Plaintif |
|
Ejaan yang betul
ialah hadanah kerana hadanah ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf
kecil.
|
| 21/07/2026 |
|
14
|
- Saya ingin menyemak ayat ayat dalam gambar tersebut.
- Senangnya! Ini Baru Mesra
- Hadiah Utama
- Menangi Wang Tunai Bernilai RM10,000 atau Pelbagai Hadiah Menarik
- Belanja minimum RM15 di Kedai Mesra dengan Setel atau masukkan nombor telefon di kaunter.
- Pembelian minyal petrol dan diesel dikecualikan untuk penyertaan peraduan ini.
- Tertakluk pada terma and syarat.
- Soalan: Perlukah saya letak "Peraduan" dalam gambar? | Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.
Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.
| 21/07/2026 |
|
15
|
Pihak Syarikat dalam proses memohon Lesen Gudang dan telah diberitahu oleh MBSJ untuk mendapatkan pengesahan dari DBP untuk papan iklan yang akan dipohon.
Boleh kami tahu garispanduan untuk memohon dan juga max/min size yang dibenarkan.
Harap mendapat jawapan dari pihak tuan melalui e-mail kami info@interline.my
Sekian, terima kasih. |
- Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan
bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web
dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan
akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
- Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi
maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan
premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang
berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00
atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan
mengikut format, klik SIMPAN. Makluman
Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran
setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh
tiga hari bekerja.
- Bagi spesifikasi saiz papan iklan, Dewan
Bahasa dan Pustaka tidak menetapkan ukuran minimum atau maksimum.
Penentuan saiz papan iklan adalah tertakluk pada syarat dan garis panduan
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
| 21/07/2026 |
|
16
|
Ali berlari dengan pantasnya ataupun pantas? | Ayat yang betul ialah "Ali berlari dengan pantasnya." | 21/07/2026 |
|
17
|
Assalamualaikum. Adakah penggunaan dari dan daripada berikut, betul? (1) Air menitis daripada unit penyaman udara (2) Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara. (3) Adik mengeluarkan bendera kecil daripada begnya. (4) Adik mengeluarkan bendera kecil dari dalam begnya. Terima kasih | Ayat yang betul ialah:
-
Air menitis dari unit penyaman udara.
-
Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara.
-
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya.
-
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya.
| 21/07/2026 |
|
18
|
Null |
Pertanyaan tuan tidak jelas. Untuk makluman, sebarang pertanyaan
berkaitan dengan permohonan iklan, kemukakan permohonan Tuan melalui portal dbpsahbahasa.my.
| 20/07/2026 |
|
19
|
Saya ingin bertanya, mengapa istilah syurga beli-belah adalah betul namun syurga membeli-belah adalah salah dari segi istilah. Saya terjumpa dalam satu soalan penyuntingan untuk latihan SPM. saya ingin tahu mengapa istilah yang disebutkan salah. |
Frasa “syurga beli-belah” ialah frasa nama,
kata nama “beli-belah” menjadi penerang kepada kata nama utama “syurga”. Kata “membeli-belah”
ialah kata kerja dan hendaklah digunakan dalam konteks yang betul seperti “Ramai
orang membeli-belah di pasar raya pada hujung minggu.”
Walau bagaimanapun, untuk tujuan peperiksaan
sila rujuk kepada penyedia soalan.
| 18/07/2026 |
|
20
|
Tuan, berkenaan dengan aktiviti perkhemahan , mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka : berkhemah bermaksud : mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam) .Oeh itu, Perkhemahan itu boleh diandaikan berteduh dan tidak semestinya bermalam? adakah aktiviti ini mesti bermalam? Bolehkah kita andaikan aktiviti sebagai aktiviti sehari? minta pencerahan. Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | Dalam Kamus Dewan Perdana, "berkhemah" maksudnya memasang khemah untuk tidur atau melakukan aktiviti di sesuatu kawasan. Berdasarkan maksud yang diberi aktiviti berkhemah boleh bermalam atau tidak bermalam kerana tidur tidak semestinya bermalam. Pihak penganjur perlu memberikan penjelasan terhadap aktiviti berkhemah yang hendak dijalankan. | 17/07/2026 |
|
21
|
Kalau di sapaan pemula email rasmi ada YBrs. Ts./Tuan/Puan,
Kalau di tengah ayat perlu letak yang mana?
1. YBrs. Ts./Tuan/Puan,
2. YBrs. Ts./tuan/puan,
3. tuan/puan | Di dalam isi kandungan e-mel atau pertengahan ayat, hanya
perlu menggunakan kata ganti nama diri kedua yang umum, iaitu tuan atau puan. Gelaran
rujukan kehormat (seperti YBrs.) dan gelaran profesional (seperti Ts., Dr.,
Prof.) diletakkan pada alamat dan sapaan permulaan ayat dan kata ganti diri
dalam ayat. | 17/07/2026 |
|
22
|
Bertemu guru ataupun bertemu dengan guru? |
|
Penggunaan
yang betul ialah “Bertemu dengan guru”. Bertemu ialah kata kerja tak
transitif berpelengkap. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa
Dewan, Edisi Ketiga halaman 165.
|
| 16/07/2026 |
|
23
|
Kemalangan jalan raya adalah/ialah/- disebabkan oleh kecuaian pemandu. - Merujuk kepada Kemalangan jalan raya disebabkan ... Yang mana gramatis? | Ayat yang gramatis ialah "Kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu." | 16/07/2026 |
|
24
|
Adakah frasa terjemahan ini memerlukan perkataan "tahun"?:
The establishment of the dynasty in 664 BC
Pengasasan dinasti tersebut pada tahun 664 SM | Ya. Frasa terjemahan ini memerlukan perkataan “tahun”. Oleh yang demikian, ayat yang diberikan juga betul. | 16/07/2026 |
|
25
|
Permohonan baharu (No. Permohonan: 71009/2026) bagi papan tanda iklan tambahan - Pegawai telah memohon lampiran visual papan premis utama untuk tujuan pengesahan. Walau bagaimanapun, saya telah tersilap memuat naik fail yang tidak betul semasa permohonan dibuat.
Mohon bantuan pihak tuan/puan untuk menggantikan lampiran tersebut dengan fail (permohonan papan premis utama yang telah diluluskan) yang betul seperti yang dilampirkan bersama e-mel ini bagi membolehkan permohonan diproses.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih. | Sila buat pembetulan dan lampirkan semula iklan melalui sistem dbp.sahbahasa atau puan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan iklan. | 16/07/2026 |
|
26
|
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Saya memohon pengesahan mengenai ejaan jawi untuk
Rama-rama
Panorama
Asrama
Sebab ada isu mengatakan DBP masih belum update ejaan yang betul dalam web
Terima Kasih | Ejaan jawi yang betul bagi perkataan berikut ialah:
- Rama-rama = راما٢
- Panorama = ڤانوراما
- Asrama = اسراما
| 15/07/2026 |
|
27
|
Signbord Calla head spa & beauty | Untuk permohonan pengesahan iklan, puan boleh membuat permohonan melalui portal dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
Puan akan menerima makluman “Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya”. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
| 15/07/2026 |
|
28
|
Saya memastikan pergunaan bahasa yang betul pada ayat dibawah
Sarung tangan lateks getah asli • Panjang tambahan 250 mm/9.8"
Warna semula jadi • Ambidekstrus • Permukaan licin
Bebas serbuk • Bebas tiazol dan tiuram • Perlindungan uniSHIELD™
Untuk kegunaan makmal, industri dan pemeriksaan perubatan.
Perlindungan terhadap bahan kimia, mikroorganisma dan virus.
Mengandungi lateks getah asli, boleh menyebabkan tindak balas alahan.
ayat asal dalam bahasa English. untuk memastikan pengguaan ayat yang betul. Diharapkan pihak tuan puan dapat mengesahkan ayat diatas betul penggunaanya
Ayat asal:
Natural Rubber Latex Gloves • Extra Long 250 mm/9.8" de
Natural Color • Ambidextrous • Smooth Finish
Powder-free • Thiazoles/Thiurams-free • uniSHIELD™ Protection
For laboratory, industrial and medical examination use.
Protection against chemicals, micro-organisms and viruses.
Contains natural rubber latex, may cause allergic reaction | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
i. Sarung Tangan Lateks atau Sarung Tangan Getah Asli
ii. Lebih Panjang 250 mm/9.8 inci dan Warna Semula Jadi
iii. Ambidekstrus
iv. Kemasan Licin
v. Tanpa Tiuram/Tiazola
vi. Perlindungan uniSHIELD™ untuk kegunaan makmal, perindustrian dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan daripada bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks, boleh menyebabkan tindak balas alahan. Jika ini ayat iklan, sila pisahkan perkataan cap dagang ™ dengan ayat lain.
| 14/07/2026 |
|
29
|
Permohonan baru (No. Permohonan: 71009/2026) bagi papan tanda iklan tambahan telah tertinggal dan tidak dimasukkan dalam permohonan yang terdahulu yang telah diluluskan (No. Permohonan: 66376/2026).
Dilampirkan di sini lokasi paparan papan iklan premis tambahan untuk rujukan pihak tuan/puan. |
|
Sila kemas kini
permohonan 71009/2026 dengan melampirkan visual papan premis utama dan papan
iklan tambahan untuk permohonan tersebut pada sistem DBP Sah Bahasa.
|
| 14/07/2026 |
|
30
|
Mohon DBP untuk berikan jawi berikut:
1. psikofarmakologi
2. elektroensefalografi
3. neurotransmiter
4. hipotalamus
5. sinaptogenesis
6. spektrofotometri
7. fotosintesis
8. metamorfosis
9. kromosom
10. mitokondria
11. ribosom
12. nukleus
13. kloroplas
14. elektromagnet
15. termodinamik
16. kuantum
17. atmosfera
18. stratosfera
19. kontemporari
20. cendekiawan
21. laboratorium
22. graviti
23. galaksi
24. bakteria
25. hormon
26. protein
27. karbohidrat
28. stetoskop
29. teleskop
30. makmal
31. anestesiologi
32. bronkodilator
33. kardiovaskular
34. dermatologi
35. endokrinologi
36. farmakokinetik
37. gastroenterologi
38. hematologi
39. imunoglobulin
40. karsinogenik
41. laringoskop
42. mikroorganisma
43. nefrologi
44. oftalmologi
45. patofisiologi
46. radiografi
47. sitoplasma
48. toksikologi
49. ultrasonografi
50. ventrikel
51. xeroftalmia
52. zoonosis
53. arteriosklerosis
54. bioteknologi
55. kriopreservasi
56. deoksiribonukleik
57. epidemiologi
58. farmakovigilans
59. homeostasis
60. interferon
Sekian, terima kasih. | Mohon rujuk laman
sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) atau Kamus Dewan Perdana untuk
menyemak ejaan Jawi. Bagi istilah saintifik, pihak tuan boleh mengekalkan ejaan
Rumi bagi perkataan tersebut. | 13/07/2026 |
|
31
|
Saya tahu bahawa konsumer tidak wujud di dalam Bahasa Melayu dan istilah yang paling tepat ialah "pengguna". Namun, adakah "Konsumen" merupakan istilah yang betul dan boleh ke ia digunakan dalam karangan? |
|
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021)
halaman 1151, perkataan “konsumer” bermaksud orang yang membeli sesuatu
barangan atau yang menggunakan khidmat tertentu manakala “konsumen” bermaksud
orang yang membeli dan menggunakan sesuatu barangan. Selain itu, kedua-dua
perkataan tersebut turut ditakrifkan sebagai “pengguna”. Namun demikian,
dalam penulisan karangan, istilah “pengguna” lebih sesuai digunakan.
|
| 13/07/2026 |
|
32
|
Adakah yang betul "adalah sebahagian" atau "ialah sebahagian"? |
|
“Ialah” dan “adalah”
merupakan kata pemeri. Perbezaan pada penggunaan kata pemeri ini:
1. “Ialah” digunakan di hadapan frasa
nama.
2. “Adalah” digunakan
di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
“Sebahagian” merupakan kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada
frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.
Contoh ayat yang
betul: Program ini ialah sebahagian daripada
usaha kerajaan memperkukuh ekonomi.
Justifikasi : Predikat ayat di atas bukan sekadar “sebahagian”, tetapi “sebahagian daripada usaha kerajaan.” Frasa ini
ditafsirkan sebagai frasa nama yang diterajui oleh kata
bilangan. Hal ini kerana kata bilangan seperti sebahagian, semua, beberapa, kebanyakan boleh menjadi
unsur penerang atau peneraju dalam frasa nama.
Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 dan 287
|
| 10/07/2026 |
|
33
|
Untuk ejaan solat Subuh, Asar, Zuhur.. kena huruf besar tak?
Sebab ini mengikut apa yang saya faham bila saya di kamus dewan perdana. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, solat fardu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar. Dalam masyarakat Melayu waktu solat juga dikaitkan dengan tempoh masa tertentu dan dalam konteks yang tersebut subuh, zuhur dan sebagainya dieja dengan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my. | 10/07/2026 |
|
34
|
Salam sejahtera.
Saya ingin memohon penjelasan tentang jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP berkaitan tatabahasa, penggunaan perkataan dan struktur ayat.
Adakah setiap jawapan sentiasa berasaskan rujukan rasmi seperti Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan atau pedoman bahasa DBP, ataupun ada yang dibuat berdasarkan pertimbangan profesional munsyi apabila tiada rujukan khusus?
Adakah jawapan tersebut bersifat objektif dan boleh dijadikan panduan oleh guru, pelajar serta penulis? Sekiranya berlaku percanggahan tafsiran, adakah jawapan Khidmat Nasihat dianggap sebagai panduan muktamad atau masih tertakluk kepada rujukan rasmi dan perkembangan bahasa?
Bagaimanakah pihak DBP memastikan setiap jawapan benar-benar berpandukan sumber yang berwibawa, bukan sekadar pandangan individu? Saya juga berharap pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan yang terperinci.
Di samping itu, saya ingin mencadangkan agar setiap jawapan disertakan dengan rujukan, seperti nama buku, halaman atau pedoman bahasa yang digunakan. Pada pandangan saya, langkah ini dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta memudahkan guru, pelajar dan penulis membuat rujukan lanjut.
Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas maklum balas dan pandangan tuan terhadap perkhidmatan yang kami berikan. Untuk makluman tuan, dalam menyelesaikan pertanyaan, panduan kami ialah Kamus Dewan Perdana dan buku-buku lain terbitan DBP seperti Tatabahasa Dewan, Daftar Kata Bahasa Melayu dan Gaya Dewan. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan untuk membantu pengguna bertanyakan hal kebahasaan. Walau bagaimanapun, data Khidmat Nasihat bukanlah maklumat yang sempurna yang langsung tidak boleh dipertikaikan. Oleh itu, sekiranya terdapat jawapan dalam Khidmat Nasihat Nasihat yang bercanggah dengan maklumat dalam kamus dan buku tatabahasa, maka maklumat dalam buku tersebut tersebut hendaklah diutamakan. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan demi manfaat pengguna bahasa Melayu. | 10/07/2026 |
|
35
|
Secara umumnya, amalan berjimat cermat merupakan wahana utama untuk menjamin kemampanan ekonomi negara serta mengelakkan pembaziran sumber alam dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, amalan tersebut semakin terpinggir oleh generasi muda kini lantaran mereka suka mengikuti sikap materialistik. Penggunaan bagi terpinggir adakah sesuai digunakan, ataupun harus ditukarkan kepada kepinggiran ataupun dipinggirkan. Mohon penjelasan yang lebih terperinci. Sekian. | Perkataan “terpinggir” dalam konteks
ayat tersebut boleh digunakan. Ayat contoh ini juga boleh ditulis seperti di
bawah:
Secara umumnya, amalan berjimat cermat
merupakan wahana utama untuk menjamin kemampanan ekonomi negara serta
mengelakkan pembaziran sumber alam dalam kalangan masyarakat. Namun begitu,
amalan tersebut semakin terpinggir dalam kalangan generasi muda kini yang bersikap
materialistik. | 10/07/2026 |
|
36
|
Bagaimana penggunaan panggilan hormat Yang berbahagia, Yang dihormati dan yang berusaha dalam Majlis formal untuk tetamu vip yang hadir |
Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya.
Panggilan hormat “Yang Berbahagia” digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk, Datin dan lain-lain.
Panggilan hormat “Yang Berusaha” digunakan untuk pegawai kerajaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat.
Walau bagaimanapun, panggilan hormat “Yang Dihormati” tidak ada dalam surat pekelilimg tersebut. Panggilan ini ada digunakan di negeri-negeri seperti negeri Pahang dan agensi perkhidmatan awam seperti Polis Diraja Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang panggilan tersebut, sila rujuk kerjaan negeri dan agensi yang berkenaan.
| 09/07/2026 |
|
37
|
1. beribu-ribu rakyat/ beribu-ribu orang rakyat
2. berpuluh-puluh ayam/ berpuluh-puluh ekor ayam
frasa mana yang betul? | Frasa yang betul ialah “beribu-ribu rakyat” dan “berpuluh-puluh ekor ayam”. | 08/07/2026 |
|
38
|
Saya belum sampai di/ke hospital.
di atau ke yang betul? | Ayat yang betul ialah “Saya belum sampai di hospital”.
Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 524 dan 990.
| 08/07/2026 |
|
39
|
Istilah manakah yang betul: pascahidrokarbon, pasca hidrokarbon atau pasca-hidrokarbon | Penggunaan istilah yang betul ialah pascahidrokarbon. | 08/07/2026 |
|
40
|
MOHON PENJELASAN CARA MENULIS TAHUN HIJRAH. 1448H ATAU 1448 h ATAU 1448. | Cara penulisan tahun Hijrah ialah 1448. | 08/07/2026 |
|
41
|
Selamat sejahtera,
Apakah penjodoh bilangan bagi papan tulis?(keping?)
Apakah penjodoh bilangan bagi papan hitam?(keping?)
Terima kasih | Berdasarkan bentuk
penjodoh bilangan yang sesuai ialah “sekeping”. Walau bagaimanapun, bagi
mengelakkan kekeliruan kami mencadangkan kata “unit” digunakan seperti “5 unit
papan tulis”. | 07/07/2026 |
|
42
|
Salam..saya pelajar PhD dari UPSI. Mohon dapatkan penjelasan penggunaan perkataan yang betul bagi dua perkataan ini:
1. Penglibatan atau Pelibatan:
Konteks ayat: Dalam kajian ini, penglibatan/pelibatan merujuk kepada keterlibatan murid dalam mengikuti aktiviti pembelajaran yang dirancang di dalam modul pengajaran dan pembelajaran.
2. Persampelan atau Pensampelan?
Konteks ayat: Pemilihan sampel kajian menggunakan teknik persampelan/pensampelan bertujuan dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penyelidik.
Maaf bertanya kerana isu ini dibangkitkan oleh pensyarah penilai proposal saya.. Terima kasih atas pencerahan | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (KDP), kata terbitan yang betul ialah "pelibatan" kerana mengikut hukum morfologi kata dasar "melibatkan" menghasilkan kata terbitan "pelibatan". Perkataan "penglibatan" ada digunakan dalam kalangan masyarakat, namun tidak ada kata kerja "berlibat" untuk menerbitkan kata "penglibatan". Oleh itu, KDP memasukkan kedua-dua entri dan pada entri "penglibatan" dirujuk "pelibatan".
2. Bagi perkataan "persampelan" dan "pensampelan", KDP merakamkan kata "bersampel" dan "pensempelan". Hal ini tidak mengikut hukum morfologi seperti di atas. Berdasarkan semakan kami, perkataan "pensampelan" mula dirakamkan dalam Kamus Dewan, Edisi Ketiga manakala "bersampel" hanya ditemukan dalam Kamus Dewan Perdana.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan KDP, kata terbitan yang betul ialah pelibatan dan pensampelan. | 07/07/2026 |
|
43
|
Untuk ayat jalan yang benar kena guna dari atau daripada?
Penggunaan dari dan daripada ni saya masih kurang jelas. Untuk dari hanya untuk arah,tempat dan masa. Tapi kadangkala ada jugak yang menggunakan dari. Untuk ayat yang contohnya, Ali mengeluarkan dompet dari begnya. Betulkah penggunaan dari? dan bukan daripada. Mohon penjelasan. Terima kasih. Penggunaan dari dan daripada ini jugak selalu confius kan saya semasa menyemak manuskrip. | 1. Penggunaan frasa yang betul ialah Ali mengeluarkan dompet dari begnya.
- Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contohnya, angin kencang bertiup dari arah selatan. Kata sendi nama daripada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian atau sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya, ukiran itu diperbuat daripada logam.
2. Mohon berikan ayat yang lengkap bagi frasa jalan yang benar
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan
penggunaan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
(DBP, 2015), halaman 265 - 272.
| 05/07/2026 |
|
44
|
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk kancing baju l (pakaian) dalam ayat ini? Sebentuk atau sebiji?
Anis memakai _______ kacing baju yang berwarna keemas-emasan. | Penjodoh bilangan yang sesuai dengan bentuk fizikal kancing ialah “bentuk”. Oleh itu, ayat yang betul ialah “Anis memakai sebentuk kancing baju yang berwarna keemas-emasan. | 03/07/2026 |
|
45
|
Adakah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini betul dan boleh diterima - Sepasukan burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makanan. |
- Penjodoh bilangan
yang sesuai adalah seperti yang berikut:
- Sekawan burung berterbangan di udara pada
waktu pagi untuk mencari makanan.
| 03/07/2026 |
|
46
|
Di antara "kita" dan "kalian", penggunaan perkataan yang mana paling tepst dan sesuai untuk ayat ini : "____ mesti sampai ke tempat itu sebelum senja," kata Sani kepada rakan-rakannya. | Kata
ganti nama diri orang pertama “kita” digunakan apabila orang yang bercakap
merujuk dirinya sendiri dan ahli kumpulan lain dalam percakapan.
Kata ganti nama diri orang ketiga “kalian” pula
merujuk keadaan apabila orang yang bercakap hanya merujuk kumpulan lain tanpa
turut serta dengan dirinya sekali dalam perbualan.
Berdasarkan makna tersebut, kata ganti nama yang tepat
ialah “kita” kerana ayat tersebut menunjukkan kebersamaan orang yang bercakap
dengan pihak lawan cakap. | 03/07/2026 |
|
47
|
1. "Wah, seronoknya!" kata Ming Jun.
2. "Wah, seronoknya!" Kata Ming Jun.
selamat sejahtera encik/puan, 2 ayat di atas, ayat mana yang betul? harap boleh beri sikit penjelasan. terima kasih. |
|
Jawapan yang betul
ialah “"Wah, seronoknya!" Kata Ming Jun. Perkataan selepas tanda
seru hendaklah ditulis dengan huruf besar.
|
| 03/07/2026 |
|
48
|
No. Permohonan :66376/2026
No. Transaksi :P2607021243327215624
We need to update the following in the application:
1) YUMCHA LAH KOPITIAM [202603171776 (JM1046319-X)]
2) PBT to change to MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Kindly assist and process accordinlgy. Thank you.
| Permohonan untuk penukaran PBT telah berjaya. Walau bagaimanapun, sila buat pembetulan seperti yang diminta. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh membuat pertanyaan melalui ruang aduan DBP melalui sistem DBPSAH Bahasa. Lampirkan no. aduan pada maklumat tentang iklan untuk semakan. | 03/07/2026 |
|
49
|
Salam sejahtera. Biasanya kita ajar murid suku kata perlu mengambil kira kata dasar terlebih dahulu, contohnya per+tan+ding+an, per+sem+bah+an.
Adakah pemenggalan suku kata berikut betul? meng+a+jar, bel+a+jar?
Terima kasih. |
|
Penyukuan kata
pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata
dasar terlebih dahulu, kemudian barulah memisahkan suku kata pada kata dasar.
Oleh itu, penyukuan yang betul ialah meng-a-jar
dan bel-a-jar.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 1992), halaman
10 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP,
2015), halaman 61 hingga 67.
|
| 02/07/2026 |
|
50
|
Pihak MADA ingin menzahirkan sekalung penghargaan buat YBrs. Abdul Rashid Bahri (Ketua Pengarah FAMA merangkap Ahli Lembaga Pengarah MADA) atas segala jasa bakti dan sumbangan sepanjang menjayakan amanah yang digalas.
Semoga terus berjaya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Terima kasih atas segalanya. betulkah sapaan yang digunakan? | Sapaan YBrs. Abdul Rashid Bahri dalam ayat tersebut
adalah betul.
| 02/07/2026 |
|
51
|
Saya ingin menyemak ayat ayat tersebut.
1. Senangnya tebus pelbagai ganjaran
2. Jom jadi ahli Mesra Rewards
3. Senangnya tebus minyak
4. Senangnya tebus kredit Setel
5. Senangnya tebus barangan kedai mesra
6. Senangnya tebus pelbagai baucar
7. Ini Baru Menang
8. Ini Baru Senang | 1. Mudahnya tebus pelbagai ganjaran.
2. "Jom, jadi ahli Mesra Rewards!"
3. Mudahnya tebus petrol.
4. Mudahnya tebus mata ganjaran Setel.
5. Mudahnya tebus barangan di kedai serbaneka Mesra.
6. Mudahnya tebus pelbagai baucar.
7. Mudah Menang!
8. Lebih Senang!
| 02/07/2026 |
|
52
|
Apakah jenis kesalahan tatabahasa dalam ayat ini?
Peserta seminar bahasa itu akan dibekalkan dengan kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar tersebut. |
|
Ayat yang betul ialah “Peserta seminar
bahasa dibekalkan dengan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar tersebut”.
|
| 02/07/2026 |
|
53
|
Apakah perbezaan pelajar dan murid? Adakah murid digunakan untuk individu di sekolah rendah dan menengah manakala pelajar untuk pelajar tingkatan 6 dan ipt? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, murid ialah orang yang belajar secara formal di sekolah manakala pelajar pula bermaksud orang yang belajar secara formal di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Oleh itu, istilah murid lebih sesuai digunakan apabila merujuk kepada individu yang bersekolah, manakala istilah pelajar mempunyai skop yang lebih luas kerana merangkumi individu yang belajar di sekolah serta di institusi pengajian tinggi. | 01/07/2026 |
|
54
|
Assalamualaikum. Pertanyaan tentang penggunaan huruf besar pada kata ganda pada tajuk dan kata nama khas. Adakah contoh diberi betul? (1) Pada tajuk: Penggubalan Undang-undang di Malaysia. (2) Pada kata nama khas: Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. Terima kasih
|
Ayat yang betul ialah:
- Penggubalan Undang-undang di Malaysia.
- Akta Penyemakan Undang-undang 1968.
| 01/07/2026 |
|
55
|
Assalamualaikum. Pertanyaan berkenaan kata ganda pada tajuk. Bagaimanakah cara yang betul? (1) Berkelah Bersama-sama atau Berkelah Bersama-Sama, (2) Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia atau Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (3) Ucapan Kata-kata Baik atau Ucapan Kata-Kata Baik. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah:
(a) Berkelah Bersama-sama.
(b) Sambutan Hari Kanak-kanak.
(c) Kata-kata yang Baik.
| 01/07/2026 |
|
56
|
Salam. Saya mohon untuk membuat rujukan IKRAR yang telah disediakan untuk pusat latihan taekwondo yang disediakan saya(Rujuk kepada lampiran) untuk makluman versi pertama disediakan dahulu dan kemudian versi kedua adalah pembetulan daripada versi pertama. dicadangankan untuk menggunakan versi kedua dan mohon untuk semakaan dan rujukan pengunaan bahasa yang betul | Saya berikrar akan:
·
Menjunjung tinggi prinsip tae kwan do dan
menghormati jurulatih, guru serta senior;
·
Mengamalkan disiplin, integriti dan kecemerlangan
dalam setiap tindakan;
·
Menggunakan kemahiran dengan penuh kehormatan,
rendah diri dan bertanggungjawab;
·
Menjadi suri teladan kepada masyarakat; dan
·
Sentiasa memelihara kehormatan, reputasi dan nama
baik SAGAMACTS Excellence Centre. | 01/07/2026 |
|
57
|
Permohonan penyemakan bahasa melayu untuk soalan kajian | Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila
hantarkan dokumen puan melalui ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan
sebut harga.
Sila
pastikan dokumen puan dalam mengikut format Microsoft Word dan PDF seperti yang berikut:
Jenis
huruf: Arial/Times New Roman
Saiz
huruf: 12
Langkau:
2 baris dan kelarasan (justified)
| 01/07/2026 |
|
58
|
PERKATAAN: BERI
Salah satu makna perkataan beri ialah kenyal, menganjal.
Soalan saya bagaimana menggunakan perkataan ini dalam sebuah ayat?
Adakah ayat berikut betul menggunakan BERI:
Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang beri dan menjamin keselesaan. | Kami tidak menemukan contoh ayat yang menggunakan perkataan "beri" bagi maksud menganjal. Dengan merujuk silang Kamus Dewan Perdana (kamus terkini), perkataan beri dengan maksud menganjal tidak lagi dirakamkan dalam entri. Oleh itu, dalam konteks contoh ayat yang diberi, perkataan yang betul ialah "Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang menganjal dan menjamin keselesaan". | 30/06/2026 |
|
59
|
Apakah konteks perkataan JELIRA yang bermaksud puas (makan, minum) dan meresap ke segenap badan?
adakah puas kenyang, atau puas kerana sudah jemu, jelak makan, atau puas kerana puas hati makanan kena dengan selera?
bagaimana pula dengan meresap ke segenap badan? adakah tentang perasaan, kenikmatan atau perkara fizikal seperti maaf ya contoh buruk, rasa nikotin meresap ke badan?
terima kasih | Kamus Dewan Perdana memberikan maksud "jelira" sebagai memuaskan hati kerana kena dengan selera. Tiada maklumat lain yang berkaitan dengan perkataan "jelira" bagi maksud puas. Perkataan "jelira" juga merupakan dialek Kelantan dan berkemungkinan penggunaannya dalam konteks masyarakat tertentu boleh membezakan tahap kepuasan atau aspek kepuasan yang dimaksudkan. Kamus hanya memberikan maksud dan bukan perincian yang menggambarkan sifatnya. | 30/06/2026 |
|
60
|
BENARKAH SUSUNAN AYAT INI
TUAN ISMAIL BIN AHMAD
PRESIDEN KELAB SUKAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH ATAU
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
MERANGKAP PRESIDEN KELAB SUKAN |
Cadangan ayat yang betul ialah:
1. Tuan Ismail bin Ahmad merupakan Presiden Kelab Sukan Majlis Perbandaran Temerloh merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh.
2. Tuan Ismail bin Ahmad merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh merangkap Presiden Kelab Sukan Majlis Perbandaran Temerloh. | 30/06/2026 |
|
61
|
Saya ingin bertanya tentang kata ganda tanpa sengkang "-".
Sebagai rujukan, perkataan "dua dua" atau "api api", kalau sengkang tidak dimasukkan (dua-dua, api-api), adakah ini satu kesalahan tatabahasa atau kesalahan ejaan? |
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan
dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut
diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan
imbuhan atau tanpa imbuhan.
Perkataan dua dua atau api api perlu
memasukkan sempang kerana merupakan perkataan berulang. Jawapan yang betul
ialah dua-dua atau api-api.
| 30/06/2026 |
|
62
|
Salam sejahtera,
Saya mahukan confirmation. Adakah "sebagai" dikira dalam kata sendi nama?
Soalan kedua: Contoh ayah: ... ialah/adalah disebabkan oleh faktor cuaca. Adakah kata pemeri boleh diletakkan di hadapan perkataan "disebabkan"?
Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan “sebagai” merupakan sebahagian daripada kata
sendi nama yang membawa maksud "selaku", "untuk",
"bagi", atau "bertindak seperti" sesuatu.
2. Kata pemeri tidak boleh hadir atau tidak boleh diletakkan
di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Contohnya, “Adalah dimaklumkan bahawa
kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.”
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 263 - 286. | 30/06/2026 |
|
63
|
Penggunaan bagi perkataan "natural". |
|
Natural ialah kata adjektif berkenaan dengan sesuatu
yang wujud secara semula jadi dan tidak dibuat atau dihasilkan oleh manusia.
Contoh penggunaan perkataan natural ialah “Salun itu menyediakan rawatan
kecantikan dengan menggunakan bahan natural”.
Sila
rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 1523 untuk maklumat lanjut.
|
| 30/06/2026 |
|
64
|
Permohonan Pengesahan Bahasa bagi Papan Tanda Premis
Nama paparan utama ialah "ALMA ZE", iaitu nama jenama (brand) bagi produk pakaian lelaki dan wanita di bawah syarikat PRESTIGE MOTHER LEGACY (SSM No. 202303102949 (TR0283103-P)).
Bagi papan tanda tersebut:
ALMA ZE merujuk kepada aktiviti butik pakaian, studio kreatif dan ruang komuniti (Community Space) yang digunakan bagi penghasilan kandungan digital, rakaman podcast, sesi siaran langsung (live selling), bengkel, program pembangunan komuniti, sesi perkongsian ilmu dan aktiviti berkaitan.
PRESTIGE MOTHER LEGACY merujuk kepada pejabat operasi syarikat yang menjalankan perkhidmatan perundingan, khidmat nasihat pematuhan (CIDB, ISO dan berkaitan), serta sokongan korporat dan perkhidmatan profesional yang berkaitan. | ALMA ZE - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai pendaftaran cap tanda dagang
(trademark) (MyIPO atau WIPO) yang berstatus Berdaftar "Registered"?
Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM (status Berdaftar
"Registered" sahaja diterima) pada bahagian Maklumat tentang Iklan
untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah
berdaftar dengan SSM sahaja. Jika ingin menggunakan nama yang berbeza, sila
gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. Aduan untuk permohonan iklan perlu dibuat pada aduan DBP Sah Bahasa. | 30/06/2026 |
|
65
|
Dengan rasa rendah hati, saya ingin bertanya sekiranya pihak DBP mengizinkan saya bagi melibatkan DBP untuk pentaksiran akhir pengajian saya (FYP) kategori Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari Dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, sementara apakah tatacara atau langkah yang perlu saya lakukan?, mohon kerjasama dan tindakbalas daripada pihak DBP.
Sekian, terima kasih.. | Untuk makluman pihak puan, DBP tidak menawarkan khidmat pentaksiran akhir pengajian. | 28/06/2026 |
|
66
|
Sekiranya perkataan dalam tanda petik bertemu dengan imbuhan awalan, bagaimana hendak menulisnya? Adakah dengan sempang, seperti se-"inqilab" ataupun tanpa sempang seperti se"inqilab"? Ini hanyalah perkataan contoh, saya hendak tahu cara mengatur tanda bacanya tanpa menggunakan italik. | Tanda petik hendaklah digunakan bagi mengapit keseluruhan perkataan atau ayat. Contohnya "se-Malaysia" dan bukannya se-"Malaysia". | 27/06/2026 |
|
67
|
Sebagai kesimpulan, kita perlulah bijak menangani stres supaya minda kita tidak akan celaru. Perkataan "celaru" adakah boleh digunakan? | Perkataan "celaru" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang lebih sesuai dalam ayat yang diberikan ialah "bercelaru". | 26/06/2026 |
|
68
|
Betulkah menggunaan perkataan mengketengahkan?
Bukankah sepatutnya mengetengahkan | Perkataan yang betul ialah mengetengahkan. | 24/06/2026 |
|
69
|
Selamat sejahtera,
Berkat kerjasama/bekerjasa Dinesh sekeluarga, rumah mereka kelihatan cersih dan cantik (guna kerjasama /bekerjasama)
Terima kasih |
Ayat yang betul ialah Hasil kerjasama Dinesh
sekeluarga, rumah mereka kelihatan bersih dan cantik.
| 23/06/2026 |
|
70
|
Mohon khidmat nasihat daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berhubung penggunaan bahasa yang paling tepat bagi slogan program kami. Slogan yang dicadangkan ialah "Nuklear: Inovasi, Dipacu Tanggungjawab".
Slogan ini bertujuan untuk mengetengahkan bahawa inovasi dalam bidang nuklear perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan menjadi tanggungjawab bersama semua pihak. Sehubungan itu, kami memohon pandangan serta cadangan pihak DBP dari segi ketepatan penggunaan bahasa, kesesuaian frasa dan kejelasan maksud slogan tersebut. | Slogan
yang lebih bersesuaian ialah “Inovasi Nuklear, Dipacu Tanggungjawab” atau
“Inovasi Teknologi Nuklear, Tanggungjawab Bersama”. | 22/06/2026 |
|
71
|
Perkara: Permohonan Sumbangan Cenderamata dan Bahan Sokongan Sempena Program Panitia Bahasa Melayu
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjayakan Program Panitia Bahasa Melayu yang akan diadakan pada 11 Ogos 2026.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan sumbangan dalam bentuk cenderamata, bahan bacaan, buku Bahasa Melayu, poster pendidikan, atau apa-apa barangan yang bersesuaian untuk dijadikan hadiah kepada murid serta juri yang terlibat dalam program tersebut.
Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha sekolah untuk memupuk minat murid terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betul, menarik dan berkualiti.
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Antasha Binti Kamaruzzaman
Guru Bahasa Melayu | Salam puan yang budiman,
Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat
rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada:
Ketua
Pengarah,
Dewan Bahasa
dan Pustaka,
Jalan Dewan
Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Maklumat PA:
Puan Noorazlina binti Sakri
No. Telefon:
03-21479011
E-mel:
dina@dbp.gov.my (PA)
Sekian,
terima kasih. | 22/06/2026 |
|
72
|
Mohon pecerahan, apakah perbezaan antara
Tambah ke dalam sistem
Tambah pada sistem
Sebagai makluman saya bukan sekadar bertanya tentang yang mana betul. Soalan saya adalah tentang Tatabahasa. Jika ke dalam menunjukkan pergerakan adakah rujukan itu termasuk elemen maya yang tidak wujud secara fizikal? Atau itu ialah tempat kepada perbuatan tambah.
Harap pegawai dapat memberikan penjelasan yang teliti dengan penjelasan jelas. Terima kasih. |
|
Frasa
"ke dalam" boleh digunakan untuk menerangkan pergerakan elemen maya
(digital/abstrak) yang tidak wujud secara fizikal. Kata sendi “ke” menunjukkan
arah atau gerakan. Apabila digabungkan dengan kata arah “dalam”, frasa ini
merujuk kepada pergerakan yang menuju ke bahagian dalam sesuatu ruang.
Contohnya:
Fizikal:
Masuk ke dalam bilik, isi air ke dalam botol.
Maya/Abstrak
(Ruang): Memasukkan data ke dalam sistem.
Kata sendi
“pada” digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan tempat bagi sesuatu
perbuatan, sandaran atau masa. Perkataan tidak membawa maksud "menembusi
ke dalam sesuatu ruang".
Frasa
"Tambah ke dalam sistem" boleh digunakan jika tujuannya adalah
untuk memasukkan elemen (seperti data, pengguna, atau fail) ke dalam
lingkungan/storan sistem tersebut. Elemen maya diiktiraf mempunyai
"ruang" abstrak dalam tatabahasa.
Frasa
"Tambah pada sistem" pula digunakan jika tujuannya adalah untuk
membuat penambahan atau perubahan kepada sistem itu sendiri (seperti menambah
fungsi baharu atau spesifikasi baharu).
|
| 20/06/2026 |
|
73
|
SOALAN SAYA, ADAKAH PERKATAAN "JINJIT" ITU WUJUD?
Pentadbiran kami ingin mengeluarkan satu risalah berhubung "Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Jinjit Sekali Guna". Adalah perkataan JINJIT itu ada atau hanya sekadar "Larangan Pemberian dan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna" atau boleh menggunakan jinjit dengan meletakkan "Jinjit" di dalam tajuk risalah itu?
Mohon pencerahan penggunaan.tajuk yang betul
|
|
Perkataan “jinjit” bermaksud memegang (beg,
fail, buku dan lain-lain) dengan tangan terhulur ke bawah. Kedua-dua tajuk
tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks dan tujuan penggunaannya.
Walau bagaimanapun, perkataan “Larangan Pemberian dan
Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna” telah banyak dan mantap penggunaannya
dalam kalangan masyarakat.
Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP,
2021), halaman 906.
|
| 19/06/2026 |
|
74
|
Selamat sejahtera, saya nak semak adakah perkataan jinjit dan perkataan moh adalah sah dan tepat mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia? |
|
Perkataan “jinjit” bermaksud memegang (beg,
fail, buku dan lain-lain) dengan tangan terhulur ke bawah. Perkataan “moh” pula
merupakan dialek Perak bermaksud ayuh.
Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP,
2021), halaman 906 dan 1475.
|
| 19/06/2026 |
|
75
|
Saya ingin bertanya, bagaimana dapatkan pengesahan Ejaan Pengunaan Bahasa pada visual iklan Premis? | Untuk makluman tuan,
permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam
talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan
Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
Pilih DAFTAR
PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan
premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik
“Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada
jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik
SIMPAN.
Makluman Tahniah
Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah
menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari
bekerja. | 19/06/2026 |
|
76
|
Amalan tersebut semakin terpinggir oleh generasi muda kini. Perkataan terpinggir adakah boleh digunakan? |
|
Amalan tersebut semakin terpinggir
oleh generasi muda kini.
Perkataan “terpinggir” dalam konteks
ayat tersebut adalah betul dan boleh digunakan.
|
| 19/06/2026 |
|
77
|
Biasanya, pembelian dalam talian oleh pemuda-pemudi berpunca daripada nafsu yang timbul semasa menatal iklan menarik pada skrin telefon. Perkataan nafsu bolehkah digunakan dalam ayat ini? | Menurut Kamus Dewan Perdana, nafsu bermaksud keinginan, kemahuan dan dorongan hati yang kuat.
Namun begitu, perkataan nafsu membawa konotasi negatif dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut adalah kemahuan.
Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP,
2020), halaman 1381 dan 1511. | 19/06/2026 |
|
78
|
Lanjutan daripada itu, pihak media massa yang mudah mempengaruhi segenap khalayak turut merupakan pemacu dalam menyebarkan amalan berjimat cermat. Perkataan pihak adakah boleh dikekalkan dan frasa seperti mudah mempengaruhi segenap khalayak adakah boleh digunakan? |
Ayat yang betul ialah:
Lanjutan itu, pihak media massa yang mudah mempengaruhi semua khalayak turut menjadi pemacu dalam menyebarkan amalan berjimat cermat.
Frasa pihak media massa boleh digunakan dalam ayat di atas.
Frasa mudah mempengaruhi segenap khalayak lebih sesuai digantikan dengan mudah mempengaruhi semua khalayak.
| 19/06/2026 |
|
79
|
Dear Sir/Madam,
I hope you are doing well.
I would appreciate your guidance on the appropriate Bahasa Malaysia translations for the following event names:
Application Day → Hari Pendaftaran
PEAK Info Day (PEAK stands for Postgraduate Empowerment and Knowledge) → Hari Pemerkasaan Pendidikan dan Pengetahuan Pascasiswazah
Could you kindly confirm whether these translations are suitable and natural in Bahasa Malaysia, particularly in the context of higher education recruitment and outreach events? Or would Hari Pendaftaran dan Hari Maklumat PEAK be acceptable?
Thank you for your assistance. I look forward to your advice. | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
1. Application Day: Hari Pendaftaran
2. PEAK (Postgraduate Empowerment and Knowledge) Info Day: Hari Informasi dan Pemerkasaan Pascasiswazah | 18/06/2026 |
|
80
|
tolong semak penggunaan kata sendi nama dalam ayat berikut:
1. Soal jodoh dan rezeki terletak pada/di tangan Tuhan.
2.Kuasa pemerintahan terletak sepenuhnya pada/di tangan raja tersebut.
3.Segala harta Ali telah jatuh ke tangan Abu.
4.Tawanan yang berada di/pada tangan pihak musuh perlu diselamatkan.
5.Pemuda yang tidak berdosa itu akhirnya terbunuh di/pada tangan penguasa yang zalim.
| Penggunaan kata sendi nama ayat di bawah ini dibuat dengan penambahbaikan:
1. Soal jodoh dan rezeki terletak pada takdir Allah.
2. Kuasa pemerintahan terletak sepenuhnya pada kuasa raja tersebut.
3. Segala harta Ali telah jatuh kepada Abu.
4. Tawanan yang berada pada pihak musuh perlu diselamatkan.
5. Pemuda yang tidak berdosa itu akhirnya terbunuh pada penguasa yang zalim.
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan pada halaman 274 - 275. | 18/06/2026 |
|
81
|
saya memakai baju sekolah dengan kemas. adakah ayat ini betul. | Ayat "Saya memakai baju sekolah dengan kemas." adalah betul. | 16/06/2026 |
|
82
|
saya ingin bertanya tentang penggunaan daripada/kepada
ayat contoh:
Setelah mendengar berita tersebut, dia meminta pertolongan daripada/kepada Ali.
apakah kata sendi nama yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut? |
|
Kata sendi nama yang sesuai
digunakan ialah daripada.
Ayat: Setelah mendengar berita
tersebut, dia meminta pertolongan daripada Ali.
Daripada: Digunakan untuk menyatakan
punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur abstrak (dalam konteks ini,
pertolongan itu datang daripada Ali).
Kepada: Digunakan selepas kata kerja
transitif yang membawa maksud sasaran, tumpuan, atau penyataan bahagian,
bukannya punca sesuatu bantuan diperoleh.
|
| 16/06/2026 |
|
83
|
Saya ingin bertanya ayat seperti "Ibu bapa berbuat demikian kerana mereka menginginkan anak mereka supaya dapat diasuh dengan nilai-nilai murni." adakah gramatis? Adakah penggunaan perkataan "menginginkan" itu adalah betul? | Menginginkan bermaksud berasa ingin akan
seseorang memperoleh atau melakukan sesuatu.
Berdasarkan makna tersebut,
perkataan “menginginkan” boleh digunakan dalam konteks ayat dengan pindaan
kepada “Ibu bapa berbuat demikian kerana menginginkan anak mereka diasuh dengan
nilai-nilai murni.” | 15/06/2026 |
|
84
|
Adakah frasa seperti "berkerut kusam" adakah gramatis? | Frasa ‘berkerut kusam’ tidak gramatis kerana berkerut lazimnya dikaitkan dengan dahi manakala kusam dikaitkan dengan muka atau kulit. | 15/06/2026 |
|
85
|
Wajahnya berkerut kusam. Adakah gramatis? |
|
Ayat “Wajahnya berkerut
kusam” tidak gramatis kerana berkerut lazimnya dikaitkan dengan dahi manakala
kusam dikaitkan dengan muka atau kulit.
|
| 15/06/2026 |
|
86
|
Selamat sejahtera,
Suasana di pasar raya riuh-rendah/meriah.
(Guna meriah atau riuh-rendah?)
Terima kasih. | Meriah – berkenaan dengan majlis, suasana dan
sebagainya, gembira atau suka ria
Riuh-rendah – terlalu
bising dengan suara atau bunyi yang kuat dan tidak tentu butirnya
Brdasarkan makna yang tersebut, perkataan yang sesuai digunakan dalam konteks ayat ini ialah riuh-rendah. Suasana di pasar raya itu riuh-rendah. | 13/06/2026 |
|
87
|
I)Mereka menjinjing baldi bersama-sama kerana sangat berat.
Ii) Mereka menjinjing baldi itu kerana baldi itu sangat berat
Soalan, atat I atau Ii betul?Bagi saya,ayat pertama betul kerana tidak perlu mengulangi baldi itu .
Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Mereka menjinjing baldi bersama-sama kerana sangat berat." | 11/06/2026 |
|
88
|
Sya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "daripada/dari" dalam ayat ini
1. Sebaik sahaja pulang dari pulang dari/daripada Perang Khaibar, Nabi Muhammad memperluas Masjid Nabawi.
2.Setelah pulang dari/daripada bermusafir, dia terus menziarahi kedua-dua ibu bapanya.
terima kasih | Ayat yang betul ialah:
1. Sebaik sahaja pulang daripada Perang Khaibar, Nabi Muhammad memperluas Masjid Nabawi.
2. Setelah pulang daripada bermusafir, dia terus menziarahi kedua-dua ibu bapanya.
Perang Khaibar dan bermusafir yang hadir selepas kata sendi nama tidak merujuk tempat. Oleh itu, kata sendi nama "daripada" yang digunakan. | 11/06/2026 |
|
89
|
Nak tambahkan pendapatan dan kembangkan perniagaan anda? | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat
secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk
Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi
maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis
kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”.
Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis
iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. | 11/06/2026 |
|
90
|
Rebut peluang untuk tembusi pasaran global harini! | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
| 11/06/2026 |
|
91
|
Nak perniagaan anda disebut-disebut? | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.
| 11/06/2026 |
|
92
|
Adakah Pulau Langkawi, Brunei Darulsalam, Pantai Cenang merupakan kata nama khas pemajmukan? sedangkan langkawi tiada maksud. mohon penjelasan | Kata nama khas ialah kata nama
yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf
besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup
dan kata nama khas tak hidup.
Pulau Langkawi, Brunei Darussalam
dan Pantai Cenang merupakan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas boleh
terdiri daripada kata tunggal atau kata majmuk.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84, 85 dan 97. | 11/06/2026 |
|
93
|
Mohon semakan penulisan jawi pada perkataan berikut
1) Abdullah bin Abdul Mutalib
2) Raja Abrahah
3) Burung Ababil
4) Mekah
5) Wahab | Ejaan Jawi:
1. Abdullah bin Abdul Mutalib - عبد الله بن عبد المطلب
2. Raja Abrahah - راج ابرهة
3. Burung Ababil - بوروڠ ابابيل
4. Mekah - مكة
5. Wahab - وهاب | 10/06/2026 |
|
94
|
Saya mohon untuk papan tanda dan pada logo ada slogan iaitu "Save Environment Without Compromise". Saya telah terjemahkan kepada "Memelihara Alam Sekitar Tanpa Kompromi" tapi pihak DBP meminta untuk tukar kepada ayat yang lebih baik.
Jadi, boleh pihak tuan/puan mencadangkan ayat yang lebih sesuai untuk menggambarkan slogan tersebut. Terima kasih atas bantuan dan pertimbangan. |
Terjemahan
yang sesuai dengan penggunaan papan tanda/iklan ialah Memelihara Kelestarian
Alam Sekitar atau Sayangi Alam Sekitar. Perkataan kompromi tidak
sesuai digunakan pada papan tanda/iklan kerana
membawa maksud tindakan yang tegas, tiada tolak ansur dan tiada pengecualian.
Ayat pada papan tanda/iklan bertujuan untuk memujuk atau memberikan kesedaran kepada pengguna. | 10/06/2026 |
|
95
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah primal therapy ialah terapi primal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 09/06/2026 |
|
96
|
Mana yang betul
1) Guli itu jatuh di bawah meja.
2) Guli itu jatuh ke bawah meja |
Ayat yang betul adalah – Guli itu jatuh di bawah meja.
· Kata sendi “ke” berfungsi untuk menunjukkan arah pergerakan.
· Kata sendi “di” berfungsi untuk menunjukkan lokasi atau tempat.
| 09/06/2026 |
|
97
|
Adakah istilah “resiliensi” menurut standard Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada “daya tahan”? Selain itu, apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan “burnout”? | 1. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah resilience ialah ketahanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.
2. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah burnout ialah lesu upaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 06/06/2026 |
|
98
|
Apakah terjemahan istilah "Erectile Dysfunction" kepada Bahasa Malaysia yang lebih tepat? Istilah "Mati Pucuk" menggambarkan keadaan dimana zakar tidak dapat ereksi langsung, tetapi "Erectile Dysfunction" merangkumi semua tahap masalah ereksi. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah erectile dysfunction ialah mati pucuk. Untuk makluman tuan, erectile dysfunction bersinonim dengan impotence yang membawa maksud mati pucuk. | 04/06/2026 |
|
99
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah psychological well-being ialah kesejahteraan psikologi, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah self-acceptance ialah penerimaan diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 03/06/2026 |
|
100
|
Salam sejahtera. Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ayat susunan biasa atau ayat susunan songsang. Sekian, teima kasih. | Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Ayat ini ialah ayat susunan biasa.
| 03/06/2026 |
|
101
|
Apakah beza perkataan "fungsi" dan "peranan"? contoh : "Retorik pemerian berfungsi untuk menerangkan situasi penceritaan". atau "Retorik pemerian berperanan untuk menerangkan situasi penceritaan"? |
|
Berdasarkan Kamus
Dewan Perdana, “fungsi” membawa maksud sesuatu yang boleh dilakukan oleh
sesuatu, tugas atau tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh individu atau
organisasi. Perkataan “peranan” pula membawa maksud tugas atau tindakan yang
dilakukan oleh seseorang, negara dan sebagainya untuk menjayakan sesuatu. Kedua-dua
perkataan ini mempunyai makna yang hampir sama dan boleh bertukar ganti
penggunaannya berdasarkan konteks ayat. Berdasarkan ayat yang diberikan, kata
fungsi dan peranan boleh bertukar ganti.
|
| 31/05/2026 |
|
102
|
Salam sejahtera tuan, bolehkah saya tanya bentuk jawaban “alat-alat tulis” adalah betul atau salah? Adakah alat tulis sudah membawa maksud jamak oleh sebab itu “alat-alat tulis” merupakan bentuk jawaban yang salah? Terima kasih |
Perkataan
“alat-alat tulis” merupakan penggandaan kata majmuk yang melibatkan penggandaan
unsur pertama kata sahaja. Namun, penggunaan perkataan “alat tulis” sahaja
adalah betul kerana perkataan tersebut boleh menunjukkan satu atau jamak
bergantung pada konteks penggunaannya.
Rujukan:
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 74
| 29/05/2026 |
|
103
|
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "ditonjolkan" dan "diutarakan" bolehkah berikan contoh ayat? Sebab saya nampak maksud kedua-dua perkataan menampilkan sesuatu ke hadapan, terima kasih | Dalam Kamus Dewan Perdana, "ditonjolkan" (menonjolkan) ialah kata kerja pasif yang bermaksud menjadikan sesuatu jelas kelihatan, sangat nyata atau menyerlah. Contoh ayat, Pengerusi mahukan kesenian Melayu ditonjolkan di taman itu. Perkataan "diutarakan" (mengutarakan) juga kata kerja pasif yang bermaksud melahirkan atau menyatakan pendapat yang tersemat dalam hati. Contoh ayat, Banyak perkara yang diutarakan mengenai novel ini. Pandangan tuan tentang menampilkan sesuatu ke hadapan ada dalam maksud menonjolkan/ditonjolkan. | 29/05/2026 |
|
104
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah inhibition ialah penyekatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 28/05/2026 |
|
105
|
Assalamualaikum wbh.
Mohon untuk perbetul ayat berikut supaya lebih gramatis:
Kemajuan terbaru dalam bidang perubatan apakah yang anda percaya akan memberi impak terbesar terhadap bagaimana anda akan mengamalkan perubatan?
Terima kasih.
| Ayat yang betul ialah “Apakah kemajuan terbaru dalam
bidang perubatan yang akan memberikan impak terbesar terhadap cara anda dalam mengamalkan
perubatan?” | 28/05/2026 |
|
106
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah affirmative postmodernism ialah pascamodernisme afirmatif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 26/05/2026 |
|
107
|
Null | Mohon maaf, soalan tuan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. | 26/05/2026 |
|
108
|
Null | Mohon maaf, soalan tuan/puan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. | 25/05/2026 |
|
109
|
Salam, saya benar-benar tidak faham adakah para pegawai membaca soalan sebelum menjawab, Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Lain ditanya lain dijawab. Pada 19/05/2026, saya bertanya.
Mohon penjelasan tentang penggunaan "kemaskinian". Adakah penggunaan perkataan ini boleh diterima kerana masukan ini tiada dalam kamus.
Jawapan yang diberikan: Perkataan yang betul ialah pengemaskinian.
Saya bukan tanya tentang perkataan yang betul. Saya tanya tentang "kemaskinian" bolehkah diterima. Perkataan ini digunakan oleh PRPM sendiri, sila cari "kemaskinian sistem" dalam PRPM ada masukan yang dimaksudkan, jika salah, mohon penjelasan sebab masukan itu ada dalam PRPM. Perkataan ini juga semakin kerap digunakan dalam laras teknologi. Carian Google yang ringkas boleh menemukan banyak maklumat tentang penggunaan perkataan ini. Perkataan ini semakin digunakan sebagai Kata Nama dalam banyak laras.
Mohon pegawai baca dan fahamkan dahulu sebelum menjawab soalan. Ini benar-benar mengecewakan. | Berdasarkan
Kamus Dewan Perdana, tiada kata terbitan “kemaskinian”. Walau bagaimanapun,
padanan istilah “system update” dalam bidang komputer ialah pengemaskinian sistem atau kemaskinian sistem.
Oleh itu, frasa kemaskinian sistem hanya boleh digunakan dalam bidang komputer sahaja. | 25/05/2026 |
|
110
|
Adakah penggunaan frasa "merujuk kepada" betul? Setahu saya, selepas kata kerja transitif “merujuk”, kata sendi nama seperti “kepada” tidak perlu digunakan. Walau bagaimanapun, apa pendapat yang mengatakan bahawa, frasa ‘merujuk kepada perkara’ telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima. Mohon pencerahan pihak DBP. | Penggunaan frasa yang betul ialah "merujuk perkara". Merujuk ialah kata kerja transitif. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata kerja aktif transitif perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama. Oleh itu, kata kerja "merujuk" seharusnya terus diikuti oleh objek dan bukan kata sendi nama. | 25/05/2026 |
|
111
|
Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih | Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat
tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya. | 23/05/2026 |
|
112
|
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara "ditonjolkan" dan "diutarakan" bolehkah berikan contoh ayat? Sebab saya nampak maksud kedua-dua perkataan menampilkan sesuatu ke hadapan, terima kasih | Dalam Kamus Dewan Perdana, "ditonjolkan" (menonjolkan) ialah kata kerja pasif yang bermaksud menjadikan sesuatu jelas kelihatan, sangat nyata atau menyerlah. Contoh ayat, Pengerusi mahukan kesenian Melayu ditonjolkan di taman itu. Perkataan "diutarakan" (mengutarakan) juga kata kerja pasif yang bermaksud melahirkan atau menyatakan pendapat yang tersemat dalam hati. Contoh ayat, Banyak perkara yang diutarakan mengenai novel ini. Pandangan tuan tentang menampilkan sesuatu ke hadapan ada dalam maksud menonjolkan/ditonjolkan. | 23/05/2026 |
|
113
|
Tolong buatkan semakan terhadap jawapan saya dengan telitinya. Adakah kedua-dua jawapan tersebut sesuai dan tepat?
Tukarkan ayat aktif kepada Ayat pasif
1. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.
ATAU
Surat pelantikan telah saya terima sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
2. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan.
Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan.
ATAU
Para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan setelah membuat segala persiapan.
3. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu.
ATAU
Guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu selain berbuat bising. | Penggunaan ayat pasif yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.
2. Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sambut di luar dewan.
3. Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga diganggu oleh pelajar-pelajar itu.
| 23/05/2026 |
|
114
|
Selamat pagi. Adakah nama buku "The Taste of Love" boleh diterjemah sebagai "Cita Rasa Cinta"? Terima kasih. | Terjemahan dalam bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk tajuk buku "The Taste of Love" ialah "Rasa Cinta". | 22/05/2026 |
|
115
|
Salam. Adakah penggunaan kata nama khas pada ayat berikut, betul?
1. Bandar Ruili, Wilayah Yunan di *barat daya China* yang bersempadan dengan Myanmar, mengalami kerosakan akibat gempa bumi.
2. Chongqing, dikenali sebagai "Bandar Gunung" dan "Kota Sungai," ialah sebuah kota yang meriah di *Barat Daya China* (Southwestern China) yang160;kaya dengan sejarah 3,000 tahun.
Terima kasih
| Dalam Kamus Dewan Perdana, “barat daya”
merujuk arah mata angin antara barat dengan selatan. Oleh hal yang demikian, barat daya China tidak dieja dengan huruf besar pada huruf pertama nama
am yang tidak ada kaitan dengan geografi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP: 2020) dan
buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu
(DBP: 1992). | 22/05/2026 |
|
116
|
Saya ingin mendapatkan kelulusan lesen iklan bagi perniagaan kedai makan melalui DBP Sah Bahasa. Namun,permohonan tidak lulus bagi penggunaan nama kedai.
Nama kedai digunakan adalah "Pedas Manis" dan penggunaan frasa tersebut adalah sebagai identiti dan jenama komersial bagi perniagaan yang dikendalikan oleh syarikat yang berdaftar sah di SSM.
Oleh itu, saya ingin dapatkan nasihat bagi penggunaan nama perniagaan dikekalkan sebagai "Pedas Manis" sebagai jenama perniagaan tersebut.
Segala kerjasama amatlah dihargai. |
|
Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu
mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah
menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya
meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang berstatus telah
DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered
/ Published / Protected / Accepted) oleh Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Sekiranya ingin menggunakan nama
yang berbeza, sila gunakan nama dalam penggunaan bahasa Melayu yang baik dan
betul. Contohnya, Pedas dan Manis.
|
| 22/05/2026 |
|
117
|
Apakah padanan untuk "minced oath" dalam BM? "Kata ganti carutan"? "Kata ganti makian"?
Takrifnya ialah eufemisme untuk mengelakkan bahasa kasar atau lucah, seperti kurang ajar -> kurang asam, goddamn -> gosh darn. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah minced oath ialah seranah halus. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 21/05/2026 |
|
118
|
Dalam bidang astronomi, apakah terjemahan yang sesuai untuk "Lunar standstill"? Istilah ini merujuk kepada kedudukan Bulan yang paling utara atau selatan berbanding khatulistiwa Bumi ketika ia mengorbit Bumi. Ia boleh dibandingkan dengan istilah solstis untuk Matahari.
Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah lunar standstill ialah pegunan bulan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 21/05/2026 |
|
119
|
1. Saya membaca buku cerita dengan gembira.
2. Saya membaca suka buku cerita dengan gembira.
Selamat sejahtera encik/puan, ayat di atas betul atau salah. terima kasih. |
1.
Saya membaca buku cerita dengan gembira. (Betul)
2.
Saya membaca suka buku cerita dengan gembira. (Salah)
| 20/05/2026 |
|
120
|
Null | Untuk makluman, penggunaan istilah yang betul di dalam ayat ialah Rumpai miang Mexico | 20/05/2026 |
|
121
|
Salam sejahtera,
Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan.
Adakah ayat di atas betul dari segi tatabahasa? Adakah "bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan" merupakan subjek manakala "tidak dapat dinafikan" merupakan predikat?
Mohon pencerahan. Terima kasih. | Ayat “Bahawa amalan membaca penting
dalam kehidupan tidak dapat dinafikan.” ini betul.
Binaannya adalah seperti yang
berikut:
Tidak dapat dinafikan – Subjek
Bahawa amalan membaca penting dalam
kehidupan – Predikat
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk
buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 510.
| 19/05/2026 |
|
122
|
Boleh terangkan mengapa jawapan salah untuk ayat aktif/pasif untuk gambar yang dilampirkan.
| Ayat “Jambangan bunga itu saya gubah untuk ibu” adalah betul.
Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima
kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata ganti nama diri orang pertama dan
kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh
(saya, aku, engkau, awak, anda) ataupun kata ringkas (ku, kau) (Tatabahasa Dewan, halaman 491-493) | 19/05/2026 |
|
123
|
Mohon penjelasan tentang penggunaan "kemaskinian". Adakah penggunaan perkataan ini boleh diterima kerana masukan ini tiada dalam kamus. | Perkataan yang betul ialah pengemaskinian.
| 19/05/2026 |
|
124
|
Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih.
JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM.
Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM.
Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM.
Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM. | Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila
hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan
sebut harga.
Sila
pastikan dokumen tuan mengikut format berikut:
Jenis
huruf: Arial
Saiz
huruf: 12
Langkau:
2 baris | 19/05/2026 |
|
125
|
Adakah ayat "Kombo Hangat Kembali Lagi" tepat? | Frasa tersebut tidak sesuai digunakan. | 19/05/2026 |
|
126
|
Saya ingin bertanya apakah terma yang bersesuaian bagi nama Molecular Diagnostic Anatomic Pathology Laboratory. Terima kasih. | Mohon maaf, pertanyaan tuan kurang jelas dan kami tidak dapat mengenal pasti istilah atau konteks yang dimaksudkan untuk memberikan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | 19/05/2026 |
|
127
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah bread pudding ialah puding roti. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 19/05/2026 |
|
128
|
Tolong semak jawapan saya. Terima kasih.
Tukarkan ayat aktif ayat pasif.
1.Beberapa orang pekerja160; sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
Jwp: Semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
2.Kini, kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan160; 160;setelah menjalani160; kursus160; industri160; kecil dan sederhana anjuran MARA.
Jwp: Hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani kini setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
3.Saya telah menerima surat pelantikan160; sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
Jwp: Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.
4.Selain berbuat bising,160; pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Jwp: Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu.
5.Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
Jwp: Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.
| Ayat pasif yang betul ialah:
- Semak samun di kiri dan kanan lebuh raya itu sedang
ditebas oleh beberapa orang pekerja.
- Kini, hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani
setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
Untuk keterangan
lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan
(DBP, 2015), halaman 483 hingga 493 dan 562 hingga 566. | 18/05/2026 |
|
129
|
Tolong semak jawapan saya. ( Ayat aktif kepada Ayat pasif )
1. Setelah membuat segala persiapan,160; kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di160; luar160; dewan .
Jwp: Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun kami sekeluarga sambut di luar dewan. |
|
Ayat aktif: Kami
sekeluarga menyambut para tetamu di luar dewan, setelah membuat segala
persiapan.
Ayat pasif: Para
tetamu disambut di luar dewan oleh kami sekeluarga, setelah membuat segala
persiapan.
|
| 18/05/2026 |
|
130
|
Bolehkah saya tahu padanan terma yang sesuai untuk latihan kompetensi seperti "Echo Training" dan "Technical Update"? | Untuk
makluman tuan/puan, secara umum, istilah 'echo training' tidak lazim digunakan
dalam bahasa Inggeris dan padanan dalam bahasa Melayu tidak dapat diberikan
kerana tiada konsep dan konteks yang konkrit ditemui dalam kamus antarabangsa. Sehubungan
dengan itu, cadangan terjemahan langsung untuk echo training dalam bahasa
Melayu ialah latihan gema, manakala technical update ialah kemas kini
teknikal.
| 18/05/2026 |
|
131
|
Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih |
Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat
tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya.
| 18/05/2026 |
|
132
|
1.Fiza mengemop lantai dengan pengemop.Adakah perkataan“pengemop “betul?
Kalau perlu bina ayat dengan menggunakan peralatan,mop itu betul?atau pengemop juga boleh?
Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Fiza mengemop lantai. Perkataan mengemop boleh digunakan, iaitu daripada kata "mop" mendapat awalan meN-... menjadi mengemop.
Perkataan mengemop diterima dan diberikan takrif membersihkan lantai, tangga dan sebagainya dengan menggunakan mop. | 17/05/2026 |
|
133
|
Salam, yang mana penggunaan bahasa yang betul.
1.Saya pergi ke sekolah
2.Saya ke sekolah
3.Saya pergi sekolah
Sekian, terima kasih |
Penggunaan bahasa yang betul ialah:
- Saya pergi ke sekolah.
- Saya ke sekolah.
| 16/05/2026 |
|
134
|
Dalam penulisan surat rasmi, lazimnya rujukan kehormat dan kata ganti nama diri digunakan dalam kandungan surat seperti contoh di bawah:
"YBhg. Datuk/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sebagaimana pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum, pihak kami..."
Mohon pencerahan dan pengesahan mengenai status penggunaan huruf besar bagi perkataan "Tuan/Puan" dalam perenggan kedua tersebut, sama ada perkataan "Tuan/Puan" dalam konteks ini perlu dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar atau ia perlu dianggap sebagai kata nama umum yang ditulis dengan huruf kecil (tuan/puan) bagi rujukan-rujukan seterusnya dalam kandungan surat tersebut, walaupun digabungkan dengan rujukan kehormat "YBhg. Datuk"? | Berdasarkan
contoh yang diberikan, perkataan “tuan/puan” hendaklah ditulis dalam huruf
kecil kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Hal ini, berbeza pula
dengan “Datuk” yang merupakan kata nama khas, iaitu gelaran kehormatan di
Malaysia kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu oleh Yang
di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Yang di-Pertua Negeri Sabah
dan Ketua Menteri Melaka. Oleh itu, “YBhg. Datuk” hendaklah ditulis
berpangkalkan huruf besar.
Untuk keterangan lanjut,
sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP,
2015), halaman 83-86 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 487, 1759 dan
2409. | 15/05/2026 |
|
135
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah blood orange ialah oren merah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 15/05/2026 |
|
136
|
KENAPA PERKATAAN "ADALAH" SUKACITA DIMAKLUMKAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN SURAT RASMI | Penggunaan frasa "Adalah sukacita dimaklumkan" pada permulaan ayat dalam surat rasmi adalah satu kebiasaan yang sering kita lihat namun sebenarnya salah dari segi tatabahasa. Menurut Tatabahasa Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kesalahan ini berpunca daripada penyalahgunaan fungsi kata pemeri. Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan pada pangkal ayat. | 15/05/2026 |
|
137
|
Saya ingin memohon pihak Dewan Bahasa & Pustaka untuk menyemak penggunaan bahasa di dokumen saya seperti di lampiran. | Visi - Menjadi peneraju utama dan pemudah cara penyelesaian palet di Malaysia dengan memacu inovasi untuk kecemerlang industri.
Misi - Memperkasakan industri palet Malaysia melalui pendidikan, piawaian dan inovasi. | 15/05/2026 |
|
138
|
Saya ingin memohon pihak Dewan Bahasa & Pustaka untuk menyemak penggunaan bahasa di dokumen saya seperti di lampiran. | Visi - Menjadi peneraju utama dan pemudah cara penyelesaian palet di Malaysia dengan memacu inovasi untuk kecemerlang industri.
Misi - Memperkasakan industri palet Malaysia melalui pendidikan, piawaian dan inovasi. | 15/05/2026 |
|
139
|
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri , mesti ada kata sendi ke? Atau kita juga terima masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? | Perkataan "masuk" ialah kata kerja aktif transitif. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap dan boleh juga diikuti dengan unsur keterangan (kata sendi nama). Dari aspek makna pula masuk bermaksud pergi ke dalam. Oleh itu, ungkapan yang betul ialah "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". | 14/05/2026 |
|
140
|
Saya ingin mendapatkan pencerahan bagi penggunaan ayat permulaan dalam surat menyurat kerajaan, yang mana lebih sesuai digunakan:
"Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas", atau
"Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk ekpada perkara tersebut di atas." | Penggunaan yang betul ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas". | 14/05/2026 |
|
141
|
Apa beza maksud "panduan" dan "rujukan". contoh ayat : "Strategi ini menjadi panduan kepada penulis." dgn "Strategi ini menjadi rujukan kepada penulis". | Merujuk Kamus Dewan Perdana, perkataan “panduan” bermaksud pedoman, petunjuk, pimpinan; atau sesuatu yang dipakai untuk rujukan (untuk mengetahui nama, alamat, butir-butir dan lain-lain), manakala “rujukan” pula bermaksud keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk. Berdasarkan makna yang tersebut, panduan juga boleh membawa maksud rujukan bergantung pada konteks penggunaannya. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Strategi ini menjadi panduan kepada penulis". | 13/05/2026 |
|
142
|
Saya mahu mengajukan apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan "anonymize" contoh ayat "Risks of Anonymized and Aggregated Data” | Cadangan
terjemahan bagi ayat Risks of Anonymized and Aggregated Data ialah Risiko data tanpa nama dan teragregat. | 13/05/2026 |
|
143
|
Salam sejahtera,
Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak DBP berkenaan penggunaan frasa “Hari Permohonan dan Penerimaan”.
Untuk makluman pihak tuan/puan, frasa tersebut pernah diluluskan dalam semakan bahasa sebelum ini. Namun begitu, semakan terkini menunjukkan bahawa frasa tersebut tidak lagi diluluskan penggunaannya.
Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak DBP dapat memberikan penjelasan mengenai sebab perubahan tersebut, serta mencadangkan penggunaan frasa yang lebih tepat sekiranya perlu.
Segala perhatian, bantuan dan penjelasan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.
Terima kasih. | Penggunaan frasa
“Hari Penerimaan” tidak jelas dan mengelirukan. Sehubungan dengan itu, pihak
tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 untuk perbincangan. | 13/05/2026 |
|
144
|
Null |
Soalan 1
Ayat yang gramatis ialah: Saya bertanyakan keadaan dia.
Soalan 2
Saya membantu dia untuk mencari kucing. Saya membantunya mencari kucing.
Kedua-dua ayat di atas betul kerana menggunakan kata ganti nama dalam kategori yang sama iaitu kata ganti diri orang ketiga "dia" dan "-nya". Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 87.
| 13/05/2026 |
|
145
|
Saya bertanya tentang penggunaan "memberi kuasa" pada 30 April 2026, tapi jawapan yang diberikan adalah tentang kucing.
Dalam PRPM itu sendiri menggunakan "memberi kuasa" bukan "memberikan kuasa". Adakah pihak PRPM mahu menyatakan bahawa kuasa itu adalah objek bernyawa?
Mohon pegawai yang berpengalaman memberikan jawapan. | Kami bersetuju dengan tuan tentang penggunaan frasa yang betul ialah "memberikan kuasa", bukan "memberi kuasa" dan analoginya seperti contoh ayat yang kami berikan sebelum ini. Sebarang maklumat tentang frasa "memberi kuasa" dalam data Khidmat Nasihat Bahasa DBP akan dikemas kini. | 13/05/2026 |
|
146
|
Saya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan PRPM, seolah-olah dijawab dengan orang yang tidak berpengalaman.
Pada 1 Mei 2026 saya bertanya
Apakah perbezaan antara penggunaan keterangan cara (adverbs dalam bahasa Inggeris) dalam Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.
Jawapan yang diberikan adalah definisi.
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.
Saya bukan tanya definisi. Saya tanya
Untuk kata kerja tak transitif, manakah bentuk yang betul?
This system helps you quickly see students perform best Sistem ini membantu anda melihat dengan cepat pelajar yang berprestasi baik
Sistem ini membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat | Ayat yang betul ialah “Sistem ini membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat” kerana “pelajar” menjadi pelengkap kepada kata kerja “melihat” dalam frasa “membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat”. | 13/05/2026 |
|
147
|
Saya ingin bertanya perihal perkataan "sunroof" dalam bidang Automotif, adakah ia ditafsirkan sebagai "bumbung matahari" atau "bumbung suria" atau "bumbung langit"? Dan "panoramic sunroof" juga ditafsirkan kepada "bumbung suria berpanoramik"? Saya juga beranggapan perkataan "sunroof" juga boleh diguna pakai untuk kegunaan media sosial, betul?
Terima kasih! | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah sunroof ialah bumbung matahari, manakala istilah panoramic sunroof ialah bumbung matahari panoramik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 12/05/2026 |
|
148
|
5. I Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu.
II Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.
III Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya.
IV Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya.
(perkataan bercondong ialah mengira)
| Jawapan yang betul ialah:
I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu.
ll. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.
lll. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya.
| 12/05/2026 |
|
149
|
Assalamualaikum, Mohon pertanyaan. Saya dari Persatuan Bekam Malaysia ingin menanyakan mengenai penggunaan:
Pengamal Jurubekam berdaftar atau Pengamal Bekam berdaftar, yang manakah sesuai digunapakai untuk cetakan iklan, kad atau buku? | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. | 12/05/2026 |
|
150
|
Null | Padanan
bahasa Melayu bagi istilah resilience ialah kebingkasan. Padanan
istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam
bidang tertentu. | 12/05/2026 |
|
151
|
"Yang paling penting, ..." Bolehkah mulakan ayat dengan frasa ini? Yang paling penting? |
|
Kata “yang” dikenali
sebagai kata hubung pancangan relatif yang berfungsi menghubungkan klausa
utama dengan klausa kecil yang lain. Frasa “Yang paling penting, ...” boleh
diletakkan pada permulaan ayat. Walau bagaimanapun, frasa ini perlu ditambah
dengan predikat yang sesuai untuk membentuk satu ayat yang lengkap.
Contohnya, “Yang paling penting ialah keselamatan pelajar.”
Untuk maklumat
lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015)
halaman 252 dan 505.
|
| 11/05/2026 |
|
152
|
Pohon nasihat berhubung terjemahan bahasa melayu bagi perkataan "undivided interest".
semakan mendapati dalam kamus BM menyebut ianya sebagai "kepentingan tak bahagi". Perkataan "tak" dilihat kurang sesuai bagi maksud teks ketetapan umum dan teks rasmi.
Adakah lebih sesuai disebut "kepentingan tidak terbahagi". Sekiranya sesuai, maka daftar istilah bahasa melayu dalam PRPM perlu diubah.
Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah undivided interest ialah kepentingan tak bahagi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. Penggunaan "tak" bagi menggantikan "tidak" adalah tepat dan boleh digunakan selaras dengan syarat pembentukan istilah yang harus bersifat ringkas. Contoh padanan istilah lain yang menggunakan "tak" ialah "tak langsung" bagi "indirect", "tak tekal" bagi "inconsistent" dan "tak lengkap" bagi "incomplete". | 11/05/2026 |
|
153
|
1. Bolehkah saya kata "Hal ini adalah mustahak kerana..."?
2. Bolehkah saya kata" Hal ini umpama sambil berdiang, nasi masak..."?
3. Bolehkah saya kata" Rata-ratanya masyarakat *dalam generasi alat milenium ini* kurang membudaya amalan gaya hidup sihat"?
|
|
Penggunaan frasa yang betul adalah seperti
yang berikut:
1. “Hal ini mustahak kerana …”
2. “Situasi ini umpama sambil berdiang, nasi
pun masak.”
3. “Kebanyakan masyarakat pada era moden ini
kurang mengamalkan gaya hidup sihat.”
|
| 11/05/2026 |
|
154
|
terjemahan "crisp" ialah "rangup". Jika saya ingin menambah imbuhan di hadapan perkataan "rangup" ini, yang membawa maksud "untuk menjadikan sesuatu itu rangup", mana satukah imbuhan yang betul?
"perangup" atau "pengrangup" | Istilah “perangup”
atau “pengrangup” tidak wujud dalam pembentukan kata dasar rangup. Jika ingin
membawa maksud menjadikan makanan rangup, teks yang lebih sesuai ialah “merangupkan”.
Contoh
ayat, “Bahan ini digunakan untuk merangupkan ayam goreng.”
Sementara itu, “kerangupan” juga
sesuai untuk digunakan yang membawa maksud hal atau keadaan rangup. Contoh
ayat, “Kedai roti tersebut menggunakan
ramuan terbaik bagi menambahkan kerangupan biskutnya.”
Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan
Perdana (DBP, 2020), halaman 1820. | 10/05/2026 |
|
155
|
Selamat pagi. Jikalau sesebuah buku itu dinamakan "Cita Rasa Cinta", apakah nama buku ini boleh diterima atau betul dari segi tatabahasa? Terima kasih. | Nama tersebut boleh diterima dari segi tatabahasa tetapi
kurang tepat dari aspek makna. Sila kenal pasti maksud yang hendak disampaikan
dan dinyatakan dalam frasa yang tepat dari aspek makna dan tatabahasa. | 10/05/2026 |
|
156
|
Adakah frasa representasi boleh digunakan dalam BM? | Perkataan 'representasi' boleh digunakan dalam bahasa Melayu berdasarkan semakan dalam Kamus Dewan Perdana DBP. | 09/05/2026 |
|
157
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat bagi istilah spent ialah luput. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 08/05/2026 |
|
158
|
Yang mana lebih tepat, ejen perubahan sosial atau agen perubahan sosial? | Frasa
yang tepat ialah ejen perubahan sosial.
| 08/05/2026 |
|
159
|
Salam sejahtera,
Tuan/Puan
Apakah jawapan untuk soalan ini?
Arahan
Pilih ayat-ayat yang mengguankan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu.
II. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.
III. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya.
IV. Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya.
Terima Kasih. | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas kerana tiada perkataan berhuruf condong dalam contoh ayat yang diberikan.
| 07/05/2026 |
|
160
|
Bolehkah perkataan Inggeris "stele" diterjemahkan kepada "batu bersurat" atau "prasasti" dalam bahasa mudah? | Cadangan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat bagi istilah stele ialah batu bersurat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 07/05/2026 |
|
161
|
Dalam Kamus Dewan Perdana. hlm 796 terdapat entri ini
ia, kata ganti nama diri ketiga; dia: Hari ini ia tidak datang ke pejabat.
Lava yang berapi itu mengalir perlahan-lahan dan akhirnya ia berhenti
Bukankah ia itu sepatutnya KGN merujuk kepada binatang mengapa KDP menyatakan sebaliknya dan menggunakan ia sebagai kata pembenda?
Begitu dengan ianya, bukanlah penggunaan itu sepatutnya salah? Mohon pencerahan. | Untuk
makluman puan, Kamus Dewan Perdana (KDP)
ialah kamus umum ekabahasa yang menyasarkan penutur jati bahasa Melayu dan
bukan penutur jati yang mahir dalam bahasa Melayu. Fungsi kamus ini adalah
untuk merakamkan kosa kata dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh pengguna
bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kata ia dan ianya dirakamkan dalam KDP dan diberikan takrif berdasarkan
penggunaan sebenar. Maklumat ini ada dinyatakan pada Kata Pengantar dan
Pendahuluan dalam KDP.
Perlu
difahami juga bahawa KDP tidak berfungsi
sebagai pedoman tatabahasa. Hal yang berkaitan dengan sistem bahasa Melayu
seperti tatabahasa perlu merujuk Tatabahasa
Dewan.
Sekian. | 06/05/2026 |
|
162
|
Boleh jelaskan penggunaan perkataan Vice Chancellor yang betul sama ada perkataan ini dieja "Vice Chancellor" atau "Vice-Chancellor" (dengan tanda sempang). Terima kasih. | DBP tidak
menyediakan perkhidmatan menyemak ejaan dalam bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun, ejaan Vice-Chancellor dalam bahasa Melayu ialah Naib Canselor. | 06/05/2026 |
|
163
|
Adakah ayat ini benar, "membuat kita menyedari bahawa.." atau "membuatkan kita menyedari bahawa.." boleh saya tahu yang mana satu ayta yang betul? | Frasa yang
betul ialah “membuatkan kita menyedari bahawa…”
Sumber
rujukan (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015, halaman 207) | 06/05/2026 |
|
164
|
1.kalau guna sekelian kalinya betul ke? kalau salah,ada cadangan perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan dalam penulisan novel?
2.buang tabiat atau buang tebiat? |
- Ejaan yang betul
ialah kesekian kali. Penggunaan ungkapan kesekian kali adalah bertujuan untuk
menegaskan bahawa perkara yang sama diulang lagi. Ungkapan kesekian kali lazimnya digunakan
dalam pertuturan atau penulisan kreatif.
- Frasa yang betul
ialah buang tabiat.
| 06/05/2026 |
|
165
|
Adakah istilah berikut merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar?:
Madinah Nabawi
Madani Nabawi
Contoh ayat:
1. Apabila membicarakan Madinah Nabawi, perhatian sering tertumpu kepada pembinaan masyarakat, penginstitusian keadilan, pengurusan kemajmukan, atau pembentukan akhlak.
2. Apabila kita berbicara tentang keantarabangsaan madani nabawi, kita sebenarnya sedang meneliti bagaimana sebuah kota yang dibina di satu kawasan geografi tertentu dapat melahirkan idea dan nilai yang melampaui geografinya.
| Perkataan Madinah Nabawi ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar bagi pangkal perkataan.
Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan huruf besar dan kecil, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147. | 05/05/2026 |
|
166
|
Jelaskan penggunaan "berkaitan" dan "berkaitan dengan". Tolong berikan contoh ayat dan konteks untuk kedua-dua frasa. terima kasih
|
Berkaitan bermaksud berkait atau berkenaan dengan
seseorang atau sesuatu dan berkait dengan sesuatu yang telah disebutkan atau
dinyatakan terdahulu. (Kamus Dewan Perdana, hlmn. 940)
Penggunaan yang betul ialah “berkaitan dengan.” “Berkaitan
dengan” digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas. Kata
kerja yang terbentuk melalui imbuhan beR-...-an ialah kata kerja tak transitif
yang lazimnya menerima keterangan kata sendi nama seperti dengan, sejak,
sehingga dan lain-lain. (Tatabahasa Dewan, hlmn. 199-200)
Contoh ayat: Semua garis panduan berkaitan dengan
keselamatan pekerja hendaklah dipatuhi.
| 05/05/2026 |
|
167
|
Saling bermaafan , saling bermaaf, saling memaafkan, yang mana tepat dan betul? | Frasa yang tepat dan betul ialah “saling bermaafan” dan “saling memaafkan”. Perkataan bermaaf tiada dalam kamus bahasa Melayu. | 05/05/2026 |
|
168
|
Assalamualaikum.
Adakah penggunaan huruf besar pada ayat berikut betul?
1. Situasi ekonomi di Negara Malaysia masih stabil.
2. Jumlah pelancong di Negeri Selangor bertambah.
3. Dua buah pekan di Daerah Sepang yang dilawati ialah Pekan Dengkil dan Pekan Salak.
4. Berkenaan meletakkan kata nama khas tempat, bolehkah jelaskan juga apa yang dikatakan "...sebahagian daripada nama rasmi nama tempat" dan "menunjukkan jenis tempat".
Terima kasih.
|
- Penggunaan huruf
besar pada perkataan Negara Malaysia, Negeri Selangor, Daerah Sepang, Pekan
Dengkil dan Pekan Salak dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
- Dalam buku Pedoman
Umum Ejaan Bahasa Melayu, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama khas
dalam bidang geografi.
| 04/05/2026 |
|
169
|
Adakah ‘ia’ boleh digunakan untuk selain manusia? Setahu saya, penggunaan ‘ia’ sama seperti ‘dia’. Jadi, penggunaannya tak boleh untuk selain manusia. Tolong jelaskan | Ia ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Ia tidak digunakan untuk selain manusia.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 87. | 04/05/2026 |
|
170
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah aerial lift ialah kren pengangkat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 04/05/2026 |
|
171
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah scissor lift ialah lif gunting. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 04/05/2026 |
|
172
|
PPD Timur Laut akan mengadakan Program Pemerkasaan Bacaan Murid Tahun 2026 pada 11 Mei hingga 15 Mei 2026
2. Saya ingin bertanya kepada pihak puan, bolehkah pihak IPG menyediakan 3 orang juri Bahasa Melayu bagi program berikut :
a. Bicara Buku Sekolah Rendah (BM) - 11 Mei 2026 (Isnin)
b. Bicara Buku Sekolah Menengah (BM) - 13 Mei 2026
(Rabu)
b. Pengkarya Muda (Bahasa Melayu) - 14 Mei 2026 (Khamis)
3. Sekiranya pihak Tuan bersetuju, saya akan emelkan surat rasmi permohonan kepakaran juri kepada puan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di talian 019-4544933
| Salam puan yang budiman,
Terima kasih atas kesudian puan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat
rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada:
Ketua
Pengarah,
Dewan Bahasa
dan Pustaka,
Jalan Dewan
Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Maklumat PA:
Puan Noorazlina binti Sakri
No. Telefon:
03-21479011
E-mel:
dina@dbp.gov.my (PA) | 04/05/2026 |
|
173
|
Saya ingin bertanya tentang penggunaan "terhadap".
Salah satu definisi "berkenaan dengan atau tentang". Apakah syarat penggunaan dalam konteks ini? Adakah penggunaan terhadap + abstrak seperti terhadap maklumat, terhadap tanggungjawab, adalah salah sama sekali? | Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai
unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada
manusia, haiwan, atau benda. Contohnya:
Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu
menunjukkan dapatan yang agak menarik.
Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan pengguna
menggunakan kata sendi nama terhadap sebagai unsur yang membawa
maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus
digantikan dengan kata sendi nama tentang. Contohnya:
Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang kampung.
(seharusnya:
Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan orang kampung.)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015),
halaman 281 - 282.
| 03/05/2026 |
|
174
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah flying disc ialah cakera terbang. Padanan istilah ini telah mantap digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kata Frisbee tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana Frisbee merupakan jenama bagi cakera terbang. | 02/05/2026 |
|
175
|
Bolehkah saya kata "meninjau ke arah rak buku"? | Meninjau merupakan kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Oleh itu, frasa yang betul ialah “meninjau rak buku”.
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 157. | 02/05/2026 |
|
176
|
Untuk kata kerja tak transitif, manakah bentuk yang betul?
This system helps you quickly see students perform best
Sistem ini membantu anda melihat dengan cepat pelajar yang berprestasi baik
Sistem ini membantu anda melihat pelajar yang berprestasi baik dengan cepat
Apakah perbezaan antara penggunaan keterangan cara (adverbs dalam bahasa Inggeris) dalam Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif. Mohon pencerahan. |
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau
penyambut, contoh ayat “Semua orang pulang.”
ii) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat, contoh ayat “Mereka tinggal di Kampung Paya.”
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Contoh ayat “Adik saya masih tidur.”
Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk
buku Tatabahasa
Dewan (DBP, 2015), halaman 144-148 dan 289-295. | 01/05/2026 |
|
177
|
Salam tuan, bolehkah saya mendapatkan kepastikan sama ada frasa di bawah betul atau tidak?
beraneka jenis lauk-pauk | Frasa yang betul ialah beraneka jenis lauk atau pelbagai jenis lauk. | 30/04/2026 |
|
178
|
Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? | Salam tuan yang budiman,
Berkenaan dengan
pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff,
Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252
atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my. | 30/04/2026 |
|
179
|
Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? Diharapkan dijawab dengan status yang jelas kerana editor dari bahagian buku kanak-kanak dan remaja tidak menjawab e-mel saya ataupun mengangkat panggilan telefon saya. Sekian. | Salam tuan yang budiman,
Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin,
Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon
03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my | 30/04/2026 |
|
180
|
Mana ayat yang betul..
Haram bersalaman dengan bapa saudara dari/daripada/di sebelah bapa.
mohon beri contoh yang sesuai mengikut konteks..terima kasih |
|
Penggunaan
kata sendi nama yang betul ialah daripada. Hal ini kerana kata sendi nama “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber
atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. Ayat yang betul ialah “Haram bersalaman dengan bapa saudara daripada sebelah bapa. Walau bagaimanapun,
ayat yang diberikan tidak lengkap dan hal fakta berkaitan dengan hukum hendaklah merujuk
kepada pihak yang berkenaan.
|
| 30/04/2026 |
|
181
|
Bolehkah duct/duck tape diterjemahkan sebagai "pita kanvas" ataupun "pita duk"? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah duct tape atau duck tape ialah pita salur. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 29/04/2026 |
|
182
|
Terdapat masalah dalam soalan lepas saya dari 17 Nov 2025. Laman ini kata ia sudah diselesaikan tetapi saya tidak mendapat sebarang jawapan: Bagaimana patut nama tempat di Mesir dieja dalam sistem BM? Patutkah ejaan Melayunya berdasarkan ejaannya dalam tulisan Arab, sebutan loghat Mesir, atau ejaan bahasa Inggerisnya? Contoh tempat dalam Inggeris: Deir el-Medina, Saqqara, Gebel el-Silsila (دير المدينة، سقارة، جبل السلسلة.). Untuk rujukan, ITBM terjemahkannya menjadi Dayr al-Madinah, Saqqarah dan Jabal as-Silsilah. | Proses mengalih bahasa bagi kata tertentu dalam bahasa Melayu hendaklah merujuk sumber asalnya, iaitu bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu kata nama Arab "Dar al-" lazimnya menjadi "darul" seperti Darul Iman dan Darul Makmur. Walau bagaimanapun, nama Dayr al-Medinah ini merupakan nama khas yang belum ditrasliterasikan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami mencadangkan ejaan Dar al-Madinah digunakan. Bagi dua lagi lama, ejaan Saqarah (bentuk tasydid tidak divisualkan) dan Jabal al-Silsilah digunakan.
| 29/04/2026 |
|
183
|
Null | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah military basing ialah asas ketenteraan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 29/04/2026 |
|
184
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan penggunaan istilah “kemampanan” dan “kelestarian” dalam bahasa Melayu, memandangkan kedua-duanya sering digunakan sebagai terjemahan kepada istilah Inggeris “sustainability”.
Penggunaan istilah ini bukan sahaja meluas dalam kalangan agensi kerajaan, malah turut digunakan secara aktif oleh sektor swasta dan industri, termasuk dalam laporan ESG, polisi korporat, serta komunikasi berkaitan pembangunan dan alam sekitar. Namun begitu, masih terdapat kekeliruan tentang perbezaan makna, konteks, dan kesesuaian penggunaan antara kedua-dua istilah ini.
Sehubungan itu, mohon pihak DBP dapat:
1. Menjelaskan perbezaan makna antara kemampanan dan kelestarian secara terperinci.
2. Memberikan panduan konteks penggunaan yang tepat, khususnya merangkumi sektor awam dan juga sektor swasta/industri.
3. Menyertakan contoh penggunaan dalam pelbagai konteks seperti dasar kerajaan, laporan ESG korporat, pembangunan mampan, serta pemuliharaan alam sekitar.
4. Mempertimbangkan untuk berkongsi penjelasan ini melalui platform media sosial DBP (contohnya dalam bentuk siri penerangan istilah), bagi membantu meningkatkan kefahaman yang lebih konsisten dalam kalangan masyarakat dan pemain industri.
Kerjasama dan penjelasan daripada pihak DBP amat dihargai.
Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah sustainability ialah kemampanan. Berdasarkan penelitian dan semakan yang telah dibuat, tiada padanan kelestarian bagi istilah sustainability yang ditemukan dalam data dan sumber rujukan kami.
Walau bagaimanapun, istilah sustainable boleh dipadankan dengan "mampan" atau "lestari" bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mampan ditakrifkan sebagai mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang, khususnya yang berkaitan dengan ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Sementara itu, lestari ditakrifkan sebagai tidak berubah atau terpelihara seperti keadaan asal, khususnya yang berkaitan dengan hutan, persekitaran dan seumpamanya.
Sehubungan dengan itu, istilah mampan sesuai digunakan dalam konteks ekonomi atau pembangunan seperti pengeluaran mampan, sistem mampan, perolehan mampan, perniagaan mampan dan tenaga mampan. Sebaliknya, istilah lestari lebih sesuai digunakan dalam konteks alam sekitar seperti pertanian lestari, persekitaran lestari dan sumber air lestari. | 28/04/2026 |
|
185
|
Apakah maksud yang sesuai bagi "Pay-per-use" untuk digunakan di laman sesawang bagi tujuan maklumat umum. Ia adalah bertujuan penggunaan kenderaan/ laluan/ dll. | Cadangan terjemahan bagi frasa pay per use ialah bayar per guna. | 28/04/2026 |
|
186
|
Permulaan huruf untuk fenomena halo matahari dan halo bulan perlu di eja dengan huruf besar? | Tidak, permulaan huruf untuk fenomena halo matahari dan halo bulan tidak perlu dieja dengan huruf besar.
Ini kerana kedua-duanya dikategorikan sebagai kata nama am yang merujuk kepada kejadian alam atau fenomena cuaca yang umum seperti "hujan", "pelangi", atau "gerhana matahari". | 28/04/2026 |
|
187
|
adakah perlu dalam penulisan penjodoh bilangan kepada mahasiswa atau pelajardimasukkan orang?
contoh 32 orang pelajar atau 34 pelajar? | Kata bilangan tentu (32) yang menunjukkan jumlah perlu diikuti dengan penjodoh bilangan (orang) sebelum kata nama (pelajar) bagi menunjukkan bilangan manusia. Sebanyak 100 orang pelajar telah mengikuti seminar itu.
| 26/04/2026 |
|
188
|
hi, sy ingin bertanya berkenaan papan tanda, sy sudah mendapat kelulusan dbp untuk design papan tanda beberapa tahun lepas. sy bercadang untuk menukar rekabentuk signboard. adakah sy perlu submit semula artwork di dbp untuk pengesahan? detail semua sama sahaja. cuma sy ingin menukar font dan color untuk nama company di signboard baru |
|
Salam Sejahtera.
Pihak tuan/puan boleh
mengemukakan permohonan baharu untuk reka bentuk visual iklan yang terkini
melalui portal https://dbpsahbahasa.my/.
Permohonan boleh dibuat seperti biasa dengan mendaftar iklan baharu.
Walau bagaimanapun,
pada bahagian maklumat permohonan, sila klik pada pilihan ‘Diperbaharui’
dan masukkan nombor iklan yang telah diluluskan sebelum ini untuk rujukan
kami.
Jika iklan yang
diluluskan telah melebihi tempoh dua tahun, sila klik pada pilihan ‘Kali
Pertama’. Maklumat iklan yang telah melebihi tempoh dua tahun tidak lagi disimpan
untuk tujuan rujukan.
Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi 03-2147 9100 atau 03-2147 9200.
|
| 26/04/2026 |
|
189
|
APAKAH TERJEMAHAN YANG BETUL BAGI "SERVICE LEVEL AGREEMENT (SLA)" | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Service Level Agreement (SLA) ialah Perjanjian Tahap Perkhidmatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | 24/04/2026 |
|
190
|
Susulan pertanyan pada 13 April dan jawapan yang diterima tentang penggunaan Kata Sendi Nama dan platform maya, sejak bila "melalui" itu kata sendi nama? Penggunaan melalui tidak sesuai untuk semua konteks. Mohon pegawai yang lebih berpengalaman untuk menjawab. | Mohon
maaf atas kekeliruan dalam jawapan kami sebelum ini. Berdasarkan konteks ayat
yang diberikan, penggunaan ketiga-tiga kata sendi nama tidak bersesuaian.
Penggunaan ayat yang betul dalam konteks yang diberikan ialah “Pembelian
Melalui Shopee”. Walau bagaimanapun, laras iklan lazimnya menggunakan ayat “Beli
Melalui Shopee”. Secara morfologinya, perkataan “melalui” berfungsi sebagai kata
kerja transitif. Namun, secara sintaksisnya perkataan “melalui” berfungsi sebagai
perantara, cara, alat, saluran, aktiviti, proses dan lain-lain untuk melakukan,
memperoleh atau mencapai sesuatu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,
2015), halaman 265-286 dan Kamus Dewan
Perdana (DBP, 2021), halaman 1223. | 24/04/2026 |
|
191
|
Mengadap atau menghadap?
Contoh ayat: Mengadap ilahi | Adap menerbitkan kata mengadap, manakala hadap menerbitkan kata menghadap. Dalam contoh ayat yang diberikan, frasa yang betul ialah "mengadap Ilahi". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan melalui laman web PRPM. | 24/04/2026 |
|
192
|
Jika soalan karangan fakta yang diberikan ialah "Jelaskan langkah-langkah anda untuk menjaga kesihatan diri". Adakah jawapan saya masih boleh diterima walaupun saya menggunakan perkataan"kita" dlm setiap ayat isi. Sekiranya jawapan tersebut tidak boleh diterima, agak berapa markah akan dipotong jika markah penuhnya ialah 30%. |
“Anda” tergolong dalam kata ganti nama orang kedua manakala
“kita” tergolong dalam kata ganti nama orang pertama. Sekiranya soalan
menanyakan “anda”, jawapannya pula hendaklah menggunakan kata ganti nama “saya”
atau “kita”.
Walau bagaimanapun, tuan hendaklah merujuk pihak penyedia
soalan atau guru bagi menjawab soalan yang seperti ini.
Skema pemarkahan dan pemberian markah juga tertakluk pada
penyedia soalan yang menangani jawapan yang diberikan.
| 24/04/2026 |
|
193
|
Salam, (i) mohon semakan nama tajuk. Adakah tajuk ini betul "Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan: Pra dan Pasca Penghakiman adalah betul? atau secara alternatif "Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan : Pra dan Pascapenghakiman" atau Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan : Prapenghakiman dan Pascapenghakiman yang lebih tepat? (ii) Mohon penjelasan mengenai kedudukan/ejaan pra dan pasca dalam satu ayat yang sama contoh sebagaimana tajuk dalam soalan (i) | Awalan “pra” dan “pasca” ditulis bersambung dengan perkataan selepasnya. Oleh
itu, ayat yang betul ialah “Kursus Tuntutan Hutang oleh Kerajaan: Prapenghakiman
dan Pascapenghakiman” . | 23/04/2026 |
|
194
|
Null | Untuk makluman tuan/puan, berkaitan dengan soalan yang diajukan, pihak DBP akan mengambil tindakan dan akan menghubungi pihak tuan/puan untuk maklumat lanjut. | 23/04/2026 |
|
195
|
Assalamualaikum. Berdasarkan contoh nama tempat yang diberi, apakah kaedah yang diguna, betul? Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, pekan Gemas, pekan Tampin dan bandar Segamat? Apakah pedoman yang digunakan untuk membezakan perkataan yang pertama itu termasuk kata nama am atau kata nama khas? Terima kasih. | Waalaikumussalam.
Kaedah
yang digunakan ialah penggunaan huruf besar bagi kata nama khas.
- Jika perkataan seperti Pekan,
Kampung, Bandar merupakan sebahagian daripada nama rasmi tempat,
maka huruf besar digunakan:
Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, Bandar Segamat.
- Jika perkataan tersebut
hanya menunjukkan jenis tempat (bukan nama khas), maka huruf kecil
digunakan:
pekan Gemas, pekan Tampin.
Kesimpulannya perbezaan bergantung pada penggunaan perkataan
pertama itu sama ada sebahagian daripada nama khas atau sekadar kata
nama am. | 22/04/2026 |
|
196
|
Adakah Kumpulan Cerpen Takdir sudah diterima oleh Bahagian Buku Sastera untuk dinilai terlebih dahulu? | Salam tuan yang budiman,
Berkenaan dengan
pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua
Editor, Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada
jfar@dbp.gov.my. | 22/04/2026 |
|
197
|
assalamualaikum maaf sy mengganggu...
saya ingin membuat semakan berkenaan dengan gelaran bagi memo rasmi kerajaan...
penerima memo adalah 4 orang pegawai lelaki...jadi, di dalam kandungan memo tersebut, panggilan perlu "tuan" sahaja atau "tuan-tuan"?
saya bagi contoh ayat di dalam memo tersebut :
Sehubungan itu, bagi memastikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dilaksanakan selaras dengan PP – PK2.1, sukacita tuan-tuan dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Spesifikasi bagi Perolehan Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga Puluh Enam (36) Bulan Di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM).
4. Senarai tugasan dan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Spesifikasi adalah seperti di LAMPIRAN A. Pelantikan tuan-tuan selaku Jawatankuasa Spesifikasi ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Oleh yang demikian, tuan-tuan diingatkan supaya tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan perolehan Kerajaan ini. Bersama-sama ini dilampirkan integrity pact untuk ditandatangani dan diserahkan kembali kepada pihak urus setia untuk tindakan selanjutnya.
5. Kerjasama tuan-tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
adakah penggunaan tuan-tuan yang lebih tepat atau hanya tuan sahaja? terima kasih atas maklum balas.
|
|
Kata sapaan yang digunakan hanyalah “tuan”, tidak perlu
dijamakkan sebagai tuan-tuan kerana kata sapaan ini ditujukan kepada setiap
seorang penerima sebagai individu yang disenaraikan bersama-sama penerima
yang lain dalam satu memo.
Untuk makluman puan, contoh ayat yang diberikan didapati
mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Mohon rujuk buku terbitan DBP
seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan
Dokumen Rasmi (2016) serta buku pedoman terbitan DBP yang lain sebagai panduan
penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan dokumen rasmi.
|
| 22/04/2026 |
|
198
|
Salam sejahtera,
Apakah kata perintah yang tepat bagi soalan-soalan di bawah.
1.()patuhi arahan yang diberikan oleh guru.(Sila/Harap)
2.()semua murid dapat memberikan kerjasama.(Harap/Minta)
3.()jalankan aktiviti ini secara kumpulan.(Sila/Minta)
| Penggunaan kata perintah yang betul ialah;
1. Sila patuh arahan yang diberikan oleh guru.
2. Harap semua murid dapat memberikan kerjasama.
3. Jalankan aktiviti ini secara kumpulan.
Untuk makluman lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 448 - 452. | 21/04/2026 |
|
199
|
Mohon pencerahan, jika nama standard seperti Standard Accounting System for Goverment Agencies (SAGA) yang ditulis dalam sesuatu penulisan, adakah perlu italic. | Salam puan yang budiman,
Huruf condong digunakan untuk
menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau
frasa yang berkenaan. Selain itu, huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa
asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Huruf condong turut digunakan
untuk mencetak judul buku dan penerbitan lain dalam teks.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 152 dan Kamus
Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 848. | 21/04/2026 |
|
200
|
Assalamualaikum. Bagaimanakah kaedah penulisan bibliografi untuk ucapan/syarahan yang dibentangkan di Parlimen, dan ucapan/syarahan ini tidak diterbitkan? | Salam puan yang budiman,
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan
kaedah penulisan bibliografi karya yang tidak terbit, sila rujuk buku Gaya
Dewan Edisi Keempat (DBP, 2024), hlm. 303. | 21/04/2026 |