KNDBP Pendaftaran Pelanggan Carian Kata Cadangan Perkataan Pantau Tegur Bahasa Pengesahan Bahasa Soalan Lazim
Ruangan Pertanyaan dan Jawapan menyediakan kemudahan untuk para pengguna untuk menanyakan sebarang kemusykilan tentang bahasa kepada pihak DBP.Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

Pertanyaan akan dijawab oleh pemudahcara yang bertugas iaitu Pegawai Khidmat Nasihat Bahasa dan Pakar Rujuk Bahasa.

Cara penggunaan:

  • Dalam ruangan soal/jawab sila pilih jenis perkhidmatan sama ada pertanyaan soalan atau pertanyaan penyemakan/penterjemahan.
  • Masukkan tarikh bila diperlukan
  • Masukkan soalan.
  • Sila lampirkan sebarang fail sekiranya soalan anda terlalu panjang. (sama ada dari jenis .doc atau txt sahaja)
  • Sekiranya semua maklumat dipenuhi, sila klik butang Hantar.
  • Pegawai Khidmat Nasihat Bahasa tidak akan menjawab soalan berbentuk pertandingan.
  • Jawapan akan diperolehi ketika itu  atau mengambil masa sedikit pada hari yang sama
    atau mengambil masa sehari dua atau lebih bergantung pada jenis atau jumlah pertanyaan yang dikemukakan dan keterdapatan maklumat jawapan yang ada dalam sistem rujukan DBP.
  • Untuk melihat jawapan, sila klik pada butang rekod pertanyaan di mana pengguna boleh melihat semua pertanyaan dan jawapan.
  • Pengguna diberi kemudahan untuk mencetak soalan dan jawapan.
  • Sila klik log keluar untuk keluar dari perkhidmatan ini.    
Ruangan ini adalah untuk membuat Pendaftaran bagi Pelanggan Web yang hendak mengemukakan soalan kepada Petugas KNB.
Langkah-langkah untuk Pendaftaran Pelanggan : 

 Bahasa merupakan ruang sumber rujukan untuk menyemak perkataan dari Lembar Bahasa yang diterbitkan oleh DBP dari tahun 2000 sehingga tahun 2003.

Kemudahan Lembar Bahasa :


i. Klik butang Pendaftaran Pelanggan untuk daftar.
ii. Lengkapkan borang yang dipaparkan pada skrin.
iii. Isikan bahagian yang bertanda (*).
iv. Anda boleh mengisi semula borang tersebut dengan klik butang Set Semula

Ruangan Carian kata membolehkan pengguna membuat sebarang carian kata berdasarkan perkataan yang dimasukkan dan kategori yang dipilih .

Cara penggunaan:

                                i) Masukkan kata kunci

ii) Pilih kategori sama ada Kamus, Istilah, Ensiklopedia dan Semua Bahasa Sukuan di Malaysia atau Semua.

iii) Klik pada butang Cari untuk mendapatkan output.

Ruangan Cadangan Perkataan ini membolehkan pengguna Sistem Khidmat Nasihat Bahasa membuat cadangan baru perkataan untuk kategori Kamus, Istilah dan Ensiklopedia.

Jika pelanggan tidak pasti kategori untuk sesuatu cadangan perkataan itu, perkataan itu boleh dicadangkan di bawah kategori Umum.

Cara penggunaan:

  • Sila klik pada mana-mana kategori
  • Sila masukkan maklumat kata baru, jenis kata dan contoh penggunaan  di dalam ruangan yang telah disediakan.
  • Setelah semua maklumat dipenuhi dan disemak sila klik pada butang Hantar.
Ruangan Pantau Tegur Bahasa adalah merupakan satu kemudahan bagi pelanggan DBP untuk mengesan dan memaklumkan kepada pihak DBP tentang kesilapan bahasa pada papan tanda dan papan iklan sama ada di dalam bangunan atau di luar bangunan .

Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera dengan menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan demi peningkatan kualiti bahasa di tempat awam

Cara penggunaannya:

  • Klik pada Pantau Tegur Bahasa baru.
  • Masukkan maklumat berhubung dengan tarikh pemantauan, tegur bahasa, jenis (cetak, elektronik, paparan, peragaan, atau teks), maklumat kesilapan, lampiran, cadangan pembetulan dan rujukan ke dalam ruangan yang telah disediakan
  • Pengguna boleh juga menghantar lampiran dalam bentuk .doc, .jpg atau .tiff (jika ada gambar)
  • Klik pada butang hantar.
Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan kepada pelanggan dan pengiklan khususnya agensi pengiklanan yang ingin mendapatkan khidmat pengesahan Bahasa kebangsaan dalam iklan samada ada iklan bergambar, iklan berteks serta iklan bergambar dan berteks.

Pegawai Perancang Bahasa  akan menyemak, membuat pembetulan  dan membuat pengesahan  sebelum dikembalikan semula kepada pelanggan.

Cara penggunaannya:

  • Sila klik pada iklan baru
  • Sila masukkan maklumat jenama, bidang iklan, teks iklan dan lampiran visual (jika ada).
  • Klik pada butang Hantar
  • Pengguna boleh menyemak hasil pengesahan dalam tempoh 24 jam kecuali iklan yang bermasalah akan mengambil masa lebih dari satu(1) hari untuk disemak dan disahkan.
Ruangan Soalan Lazim adalah merupakan koleksi soalan dan jawapan dari perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa.

Ruang ini membolehkan pengguna membuat capaian  secara carian dengan memasukkan kata kunci.