| 1 |
Selamat pagi. Pertanyaan saya seterusnya, ... mencuba menyelesaikan.... atau cuba menyelesaikan.... membaca/memancing boleh menjadi kata kerja transitif atau sememangnya perlu disertakan objek di belakangnya ? | Jawapan yang betul ialah mencuba menyelesaikan (berusaha untuk menyelesaikan...) membaca/memancing tergolong dalam kata kerja transitif (tidak boleh berdiri sendiri) yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. |
| 2 |
bahasa melayu dalam sms | Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan puan dalam hal ini dan usaha pihak puan menghubungi kami untuk merujuk hal yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Sebagai badan yang diberi tugas untuk membina dan mengembangkan baha |
| 3 |
Makna lain bagi kaunter bersepadu | soalan ini telah dijawab. |
| 4 |
Perkataan lain bagi gabungan | paduan, satuan, kombinasi, cantuman dan pakatan. |
| 5 |
Perkataan kreatif bagi kemudahan masyarakat | maaf, soalan anda tidak jelas. |
| 6 |
makna khidmat pelangan | Sesuatu yang menawarkan faedah, bakti atau sumbangan kepada individu atau organisasi sebagai pelanggan. |
| 7 |
Definasi kaunter bersepadu | Satu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematik |
| 8 |
apakah definisi laporan? Ciri-ciri and jenis laporan secara am?Boleh beri contoh-contoh laporan? | Harap maaf. Soalan tuan (pandangan, cadangan, komen, contoh, hujah) tidak berkaitan dengan skop Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila buat rujukan di perpustakaan atau layari laman web. Terdapat banyak informasi berhubung den |
| 9 |
Tolong bantu saya memilih perkataan yang sebenarnya :1. baharu/ baru 2. sama ada / samada 3. pengehadan / penghadan 4. dhaif atau daif 5. rekacipta atau reka cipta (2)Kedai buku DBP di daerah Taiping dan Kuala Kangsar amat kekurangan sumber rujukan. | Jawapan yang betul ialah baharu/baru (kedua-duanya betul), sama ada, pengehadan, daif, reka cipta. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak kami memberi perhatian terhadap masalah tersebut. |
| 10 |
Mengapa kata bilangan tak tentu beberapa perlukan penjodoh bilangan. Yang mana betul, di kalangan atau dalam kalangan, semakin berkurang atau semakin berkurangan,kebelakangan ini atau belakangan ini. Beri alasan. | Soalan ini telah dijawab. |