Selamat Pagi Jumaat, 25 Jul 2008
Khidmat Nasihat DBP (KND) ialah Khidmat Nasihat berkaitan Bahasa, Sastera, Penerbitan, dan Korporat DBP.
Pengesahan Iklan

Sila masukkan No Pendaftaran Syarikat sebagai ID Pengguna.
(Contoh : 357303-V)
Pastikan anda menggunakan ID yang sama SEMULA sekiranya ingin menggunakan semula sistem ini.
ID Pengguna
Kata Laluan *
 

     Pengesahan Iklan dalam Sistem Bahasa Melayu Bersepadu (SBMB) ini merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka khusus untuk pertanyaan tentang penggunaan bahasa kebangsaan pada iklan, iaitu papan iklan dan papan tanda.  Perkhidmatan ini dapat dicapai oleh pelanggan web, khususnya petugas DBP, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi pengiklanan.

     Permohonan pengesahan iklan memerlukan agensi periklanan melengkapkan borang pendaftaran.  Borang pendaftaran hanya perlu diisi sekali sahaja.  Iklan yang ingin disahkan boleh disertakan sama ada melalui semak seimbas dalam sistem ini atau melalui faksimile.  Seterusnya, petugas DBP akan menyemak  dan mengesahkan iklan dalam masa 1 hari.  Iklan yang telah disahkan akan diberikan nombor pengesahan dan boleh dijadikan bukti kepada PBT sebelum lesen diberikan untuk memaparkan iklan di tempat awam.

     Sistem ini turut boleh dicapai oleh PBT untuk memastikan status pengesahan iklan yang dimohon.  Sistem ini menjadikan perkhidmatan yang diberikan oleh DBP lebih cepat, cekap dan cemerlang kepada masyarakat.



Kembali Ke Laman DBP
 
© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, 2007
Rekabentuk: abu bakar bin haji buyong, bahagian sistem maklumat dbp.
Kembali Ke Laman DBP